|
Karyawan jenis apa? |
Pas kata mereka ada karyawan, karyawan jenis apa? Apa hasil kerja mereka, setakat tulis blog dan menabur fitnah dan omongan kosong tak payah sebut karyawan lah....
Dr berjanggut tu baru balik dari London, berapa banyak sudah hasil kerjanya, Yang pasti majlis malam tadi ialah promosi diri untuk jadi calon pilihanraya PRU 13.
|
Manjongmari mungkin termasuk dalam karyawan tetapi kenapa tidak dijemput ke makan malam ? |
IPOH: Karyawan ada kaedah dan cara tersendiri dalam berpolitik.
Demikian tegas Setiausaha PAS Perak, Dr Muhaimin Sulam ketika
menyampai kan ucapan di Majlis Makan Malam bersama Karyawan yang diadakan
di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung 31 Mac lalu.
Menurutnya, karyawan tidak perlu mengisytiharkan diri mewakili
mana-mana parti kerana jika berbuat demikian mereka akan gagal dan
kurang berkesan mempengaruhi rakyat.
“PAS ingin melihat karyawan dan seniman bersama-sama rakyat
menghasil kan gelombang kebangkitan menolak kerajaan yang zalim dan tidak
berintegriti,” ujarnya.
Tambahnya, PAS tidak pernah menghalang golongan karyawan dan seniman
berkarya selagi ianya tidak melanggar batasan-batasan Islam.
Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, karyawan
mempunyai peranan penting dalam mengajak rakyat membuat perubahan.
Lebih 20 orang karyawan dari Negeri Perak telah dijemput menghadiri majlis tersebut.
Program yang diadakan secara santai ini menjadikan medan mendekatkan PAS dengan karyawan-karyawan.
Karyawan diberi ruang untuk menyatakan pandangan serta kritikan
terhadap PAS dan ianya menjadi platform yang baik untuk mengetahui
persepsi dan gambaran karyawan terhadap parti itu.
Karyawan dan pimpinan PAS tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat
mereka termasuklah Dr Muhaimin sendiri yang mendeklimasikan puisinya.
Hadir sama dalam program tersebut ialah ADUN Lubuk Merbau YB Hj
Zainuddin, Bendahari PAS Negeri Hj Osman Maseri, Penolong Setiausaha Sdr
Ismad dan Setiausaha Kerja Tn Hj Khalilul Rahman.