Isnin, 2 April 2012

Sikap Masyarakat Perlu Diubah MB



Program berbasikal bersama Menteri Besar YAB Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan lebih 700 penunggang basikal pelbagai peringakat umur telah mengadakan aktiviti kayuhan riadah sejauh 22 km sekitar Bandaraya Ipoh.

Di samping itu beliau sempat beramah mesra dengan penduduk-penduduk sekitar yang menghuni pangsapuri di bandaraya.

Terdapat sebuah pangsapuri yang indah di hadapan tetapi jijik di sebelah belakang. Penghuni membuang sampah sarap sesuka hati melalui tingkap dapur Pangsapuri Kinta Height

Ini adalah sikap penduduk yang perlu diubah. MBI dan Kementerian Kesihatan Alam Sekitar perlu turun padang untuk memberi nasihat dan khidmat kaunseling kepada penduduk supaya lebih bersikap positif dan mempunyai minda kelas pertama.

Rakyat di Malaysia perlu mencontohi penduduk Singapura, Jepun, Sweden, Norway dan lain-lain yang lebih bertanggung jawab dan berdisiplin dalam hal kebersihan.