Isnin, 2 April 2012

MB Perak mahu jadikan kayuhan basikal aktiviti bulanan.mpg



Uploaded by ThePerakToday on Apr 1, 2012

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berhasrat untuk menjadikan aktiviti kayuhan basikal sebagai program bulanan.

Hasrat itu disuarakan susulan Program Kayuhan 1Malaysia bersama Menteri Besar bersama-sama lebih 700 rakyat Perak yang menjelajah sekitar bandar raya Ipoh.

"Hampir 22 km kayuhan yang kita lakukan tadi dan melalui aktiviti berbasikal ini saya dapat menjalankan tugas untuk meninjau keadaan bandar raya dan juga kawasan perumahan awam yang menjadi matlamat program saya hari ini.

"Saya telah melalui dan singgah di tiga perumahan awam iaitu Kinta Height, Taman Cherry dan di Ashby Road dan di setiap persinggahan itu, saya dapat melihat sendiri keadaan flat yang ada," katanya lagi.

Tambah Zambry, selepas ini beliau bercadang untuk menjadikan program terbabit sebagai aktiviti riadah bulanan kerana ia amat efektif dalam usaha untuk merapatkan silaturahim antara pemimpin negeri dengan rakyat.

"Kita juga akan berkayuh ke tempat-tempat lain dan mungkin menambahkan jarak kayuhan kepada antara 30-40 km pula.

"Saya harap ia dapat diadakan pada setiap bulan ataupun pada waktu-waktu yang difikirkan sesuai.

"Program kayuhan ini mendapat sambutan menggalakan daripada wargakota bandar raya Ipoh," katanya selepas menyertai program terbabit pagi tadi.

Program Kayuhan 1Malaysia itu bermula dari kediaman rasmi Menteri Besar sewal jam 6.30 pagi.