Khamis, 3 Mei 2012

Berita menarik tentang sebuah motosikal Harley Davidson

Motosikal Harley Davidson[HD] adalah salah sebuah jenama motosikal yang mewah di dunia, dalam satu rancangan tv di Amerika, menyatakan mereka yang menunggang HD adalah doktor dan peguam. Mereka yang kaya akan menempah sebuah HD custom yang dibina oleh Orange County Choppers yang boleh mencecah sehingga 150 ribu USD.

Jepun sebuah negara pembuat motosikal Honda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki pun mempunyai ramai penggemar HD.

Paling menarik ialah kisah sebuah HD yang belayar dari Jepun ke Kanada akibat tsunami[1] yang melanda negara matahari terbit pada 11 Mac 2011 lalu. Ia mengambil masa lebih setahun untuk scuba dan singgah di pantai Vancouver Canada[2] dan dijumpai oleh penunggang ATV pada cuti hari pekerja lalu.