Khamis, 3 Mei 2012

Isu ranking laman web dan blog

hari ini.
Taipingmali blogspot masih bertahan dalam top 50, tahniah untuk diri sendiri. Blog ini pernah mencapai bawah 700 ranking dalam Malaysia tetapi semakin jatuh dan hari ini rankingnya ialah 2201[ kembali naik] dalam negara.

Bagaimana pun ia bukan satu ancaman kerana selain blog ini TM mempunyai laman blog yang lain antaranya ialah 1taipingmali.com. bintangku wordpress , taipingmali2 dan lain-lain termasuklah perak today yang perlu diberi perhatian.

TM juga berbangga dengan kemunculan blog-blog baru yang di kendalikan oleh anak-anak muda yang penuh bertenaga dan kreatif.

Ramai penulis blog yang bermula sejak 2008 kini sudah tinggal sedikit sahaja yang aktif dan diharapkan lebih ramai anak muda perlu dilatih dalam medium ini. Jangan lupa twitter, facebook. yahoo group, my space, digg, dan banyak lagi perlu juga diberi perhatian.

TM juga melihat ramai bloggers muda bijak menarik pembaca dengan menyiarkan berita artis. TM pernah mencuba dahulu dan ia benar-benar menarik perhatian anak muda untuk masuk ke laman blog.

Untuk memudahkan carian, kita hendaklah meletakkan gambar, ejaan nama individu, gelaran yang betul dan juga lokasi peristiwa.  


4 ulasan:

  1. Tahniah taipingmali. Teruskan perjuangan.

    BalasPadam
  2. Tahniah! Jauh lagi perjalanan akak ni nampaknya untuk sampai ke tahap Taipingmali.... Harap Taipingmali boleh linkkan blog akak http://akaknilai.blogspot.com Tima kasih

    BalasPadam
  3. Bravo!! Teruskan usaha... Naikkan ranking blog kita!!

    BalasPadam
  4. Tahniah TM... Teruskan perjuangan!!!

    BalasPadam