Rabu, 23 Mei 2012

Kerana Mulut Badan Binasa?

Ketua Pemuda Umno Perak , Khairul Azwan Harun memaklumkan bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap Samhuri Md Zain Pemuda Umno yang mengamuk di Pejabat Tanah Batu Gajah minggu lepas.

Nak ambil tindakan ambil lah, tetapi jangan lupa siasat juga siapa dalang di pejabat tanah yang menghulurkan bendera dan borang keahlian Dap dan mengapi-apikan beliau supaya mengisi segera borang keahlian Dap.

Hari ini kita dikejutkan oleh bekas pegawai kanan polis yang masuk Pas. TM tak hairan kerana dia masuk Pas sebab dalam semua jabatan kerajaan dan juga badan-badan koperat GLC kerajaan ramai orang Pas, Pkr dan Dap.

Sebut sahaja Felda, Petronas, Telekom, Proton, dan banyak lagi...ramai puak pembangkang.

Peraknews
Opps...ini satu cerita terbaru. Di Pejabat Mahkamah Syariah Taiping, kakitangan pejabat yang pro Pas hari-hari dok main video dari cd dan Youtube Pas, pasang kuat-kuat seperti dalam ceramah Pas. Harap Azwan Bro pergi siasat juga dan ambil tindakan terhadap puak-puak yang tak tahu untung.

Berita dari Perak Today