Rabu, 23 Mei 2012

Pas dan Pkr : Poorah Cit

Pas melaungkan jenama baru, iaitu negara berkebajikan. Berkebajikan bermakna Pas akan membantu dan meringankan beban rakyat dalam menghadapi dunia yang serba mahal.

Pas sebenarnya cakap tak serupa bikin, Pas tidak pernah membantu rakyat sebaliknya mencekik darah rakyat.

Baru-baru ini apabila Najib memberi wang ' durian runtuh ' kepada warga Felda sebanyak RM 15 ribu, TM mendengar orang Pas di Taiping menuduh Najib bagi 'durian buruk' kepada peneroka. Pada hal awal-awal pagi lagi merekalah yang berbaris untuk mengambil wang.

Bila kerajaan bagi bantuan BR1M, KWAPM, dan sebagainya, Pas kata itu duit kerajaan, bukan duit Umno. Habis tu, kerajaan mana yang memerintah kalau bukan kerajaan UMNO BN. Nak harap bantuan dari Pas, mananya?

62 tahun usia Pas berapa juta ringgit yang dikeluarkan oleh Pas untuk membantu rakyat, cuba habaq mai?

Pas hanya pandai kutip duit rakyat sahaja. Jual nama Mat Sabu untuk Hi Tea, Jual nama Bob Lokman untuk makan satee, Jual nama Siti Nurhaliza untuk makan nasi arab. Habis artis dan penyanyi rock diajak usung gitar ke pentas Pas bagi tujuan  pau duit ahli.

Malam tadi Rafiz mewakili Pkr dan Pas bercakap soal PTPTN, tetapi yuran Tadika Pasti pun Pas tak mampu bagi freee. Porah