Tun Faisal Ismail |
Selepas kona kiri dan kona kanan menuruni Terowong Menora, TM bertembung dengan sekumpulan penunggang kapcai yang memakai baju pantulan cahaya bertulis RELA.
Mula-mula nampak dua penunggang sedang bersaing (beremba) dalam suanana santai, setiba di kawasan RR Sungai Perak nampak pulak sekumpulan lagi melebihi 10 orang dok keliling sebuah lori yang rosak dan terakhir atas jambatan Sungai Perak, seorang lagi mamat RELA bukan main eksen letak motosikal tepi jambatan dan dia dok berdiri santai seolah-olah menunggu rakan-rakannya.
Persoalan timbul, apa yang mereka buat atas lebuh raya tu? Kalau mereka balik dari Ipoh kerana latihan atau selesai menjalankan tugasan tungganglah dalam keadaan berhemat dan jangan lah berdiri dan berlonggok diatas lebuh raya, Tu kerja bodoh nama nya. Cari nahas nama nya.
Kalau mereka meronda dan mengawal lebuhraya, sudahkah mereka mendapat taklimat keselamatan daripada Polis Trafik dan adakah mereka mendapat keizinan daripada pihak PLUS?
Harap Ketua RELA negeri Perak dan Tun Faisal Ismail pegawai yang menjaga urusan RELA dapat melihat perkara ini, jangan nanti dua tiga nyawa melayang baru menuding jari ke arah orang lain.