Khamis, 3 Mei 2012

Yahoo Malaysia Pro Pembangkang

Orang bijak pandai menuduh PDRM punca rusuhan 3.0. ADA AKAI KAA DEPA NI?
RAIS YATIM KENA LAH BAGI KHUTBAH SIKIT KAT YAHOO
Yahoo merupakan sebuah jentera pencarian internet yang terawal sebelum google menjadi popular. Pada akhir tahun 90an banyak syarikat enjin pencarian muncul, tetapi banyak yang sudah bungkus kerana persaingan yang sengit.  Akhirnya Yahoo juga yang masih bertahan sehingga hari ini.

Yahoo berjaya menembusi pasaran negara dan bertapak kukuh dengan jenama Yahoo Malaysia. Bagaimana pun kemasukan mereka bukan memberi sokongan terhadap usaha kerajaan dan menyokong tindakan kerajaan, sebaliknya mereka sebaris dengan Malaysia Pembohong Kini,  Malaysian Insider dan banyak lagi yang menyokong parti Dap dan Pkr. [ Dap tak sebut sebab Pas hanya parti picisan yang tidak mendapat tempat di hati bukan melayu].

Sudah lama TM perhatikan Yahoo Malaysia, mungkin Rais Yatim dan H2O boleh melakukan sesuatu, jangan dibiarkan ia menjadi virus yang membunuh kita. Hasutan yang halus boleh menjadi racun yang sangat mujarab untuk menjatuhkan pemerintahan negara.