Ahad, 17 Jun 2012

Sambutan meriah untuk TPM di Batu Kurau



Selepas program "janji di tepati" di ADTEC selesai, YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin berkunjung ke DUN Batu Kurau.

Selepas solat zohor di Masjid Al-Kurauwi, TPM dan rombongan menuju ke Padang Astaka untuk bertemu rakyat dan kenduri rakyat .

Sasaran tetamu ialah 7 ribu orang tetapi kehadiran hari ini ialah anggaran 13 ribu orang.

TPM juga meluluskan peruntukan RM2.5 juta peruntukan untuk menaik taraf padang astaka ke sebuah stadium baru.

Batu Kurau terkenal dengan permainan bola sepak pada tahun 60an hingga sekarang. dengan adanya stadium baharu dijangka akan meningkat kan lagi mutu dan jumlah pemain-pemain baru.

Ia juga akan menjadi pemangkin kepada pasukan bola sepak SMK Dato Kamaruddin yang pernah menjadi naib johan bola sepak MSSM.

Sebelum itu TPM telah meluluskan RM 3 juta untuk membuat pasar baru di pekan Changkat Jering.

Pasar Changkat Jering kini tersepit antara jalan ke Bukit Gantang dan Jalan masuk ke Lebuh Raya PLUS dan ia perlu dibuat baru bersesuaian dengan perkembangan dan kemajuan negara kini.

Ia adalah cetusan ideo kepimpinan BN dan bukannya daripada MP Bukit Gantang iaitu Nizar Lambai. Untuk maklumat juga, Nizar yang heboh mengkritik www 1, beliau sendiri telah membelanjakan RM 60 ribu untuk mendapat nombor pendaftaran AGS 10 bagi kereta Toyota Camry kegunaan rasmi beliau.
Gambar Ihsan dari facebood Adun Batu Kurau
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.