Ahad, 17 Jun 2012

Seminar Fiqh ditutup dengan rasmi oleh Jamil Khir

Setelah 3 hari berseminar , pagi dan malam, maka tengah hari ini selesai sudah pembentangan 7 kertas kerja yang disampaikan oleh ulama luar dan dalam negara.

Antara pembentang kertas kerja ialah
  1. Syeikh Mahmud Abdel Ghany Ashor, Mantan Timbalan Syeikhul Azhar
  2. Syeikh Ahmad Hamad al Jilani, Arab Saudi
  3. Syeikh Ahmad Hamad Abdullah al-Hamad , Arab Saudi
  4. Dr Hamed Mohamed Abdel Rahman Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti al-Azhar
  5. Syeikh Akrima S.A. Sabri Iman Masjidil Aqsa dan Mantan Mufti Palestine
  6. Dato Seri Dr Abdullah Md Zin Penasihat Agama YAB Perdana Menteri
  7. Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool, Dekan Fakulti Syariah Universiti  al-Bayt Jordan
  8. Syeikh Prof. Dr Mohammad Oqlah al-Ali al- Ibrahim Mantan Dekan Fakulti Syariah, Universiti Yarmouk Jordan
  9. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady Fellow Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization UIAM.
Majlis penutup seminar ini telah disempurnakan oleh YB Mejer Jeneral(B) Dato Seri Jamil Khir Hj Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.  Beliau berharap Malaysia dapat mengangkat syiar dan membawa Islam yang sebaik mungkin. Hari ini kita diancam oleh pelbagai-bagai ancaman.

Contohnya buku LGBT Irshad Manji yang ditulis dalam bahasa Inggeris , tiba-tiba boleh terjual di negara ini dengan penulisan bahasa Melayu. Ia menggambarkan ia adalah satu bentuk peperangan yang baharu yang mengancam umat Islam negara kita hari ini.

Ia mengambarkan bagaimana junjungan Nabi Besar Muhammad SAW kita di kepung dan diancam oleh tentera ahzab. kini tentera ahzab kembali mengepung kita, jadi marilah kita kuatkan iman kita kepada Allah dan menolak ancaman Ahzab yang wujud dalam parti-parti yang mengaku kononnya memperjuangan Islam.

Setinggi ucapan terima kasih kepada ulama (ilmuan antarabangsa ) , peserta dan penganjur yang berjaya menjayakan program ini. Mari lah kita kukuhkan barisan dan elakkan perpecahan sesama umat, dan tolak gerakam pluralisme, LGBT, liberalisme dan lain-lain ancaman.

Majlis penutup berakhir jam 12.42 tengah hari. 

http://www.fiq2012.com/