Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba.
Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.
Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia. Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah. Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan. Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.
Dari segi jangka panjang pula, kita perlu melihat dari segi bahaya corak pemikiran yang bakal disebarkan Anwar di kalangan orang-orang Islam di sana. Sebelum keadaan menjadi parah, mereka wajar dimaklumkan bahawa apa yang disentuh oleh Anwar pasti akan hancur.
Sejurus Anwar melangkah kaki ke dalam UMNO, maka kehancuran peribadi orang-orang muda di dalam UMNO pun bermula apabila beliau memperkenalkan mereka kepada politik wang dan cantas-mencantas. Kita bernasib baik kerana pemimpin tertinggi UMNO terdiri dari mereka-mereka yang amat bijaksana dan telah berjaya menyelamatkan parti dari terus hancur lebur dikerjakan Anwar. Akhirnya, mereka yang peribadinya telah hancur, perlahan-lahan mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dengan meninggalkan UMNO.
Apabila Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau membawa kecelaruan dalam pemikiran bangsa Melayu dengan menerapkan dasar-dasar ekstrem yang tidak membawa manfaat kepada bangsa. Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau hampir membangkrapkan negara. Tidak dapat dibayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri.
Kerana itu, kita merasa bimbang akan nasib dan masa depan saudara-saudara kita di Thailand apabila 'disentuh' oleh Anwar.
Apa yang pasti, Anwar akan membawa bersamanya kecelaruan pemikiran kepada komuniti Islam di sana. Pada awalnya, beliau akan mengikut rentak kumpulan yang ditemuinya. Jika Wahabbi, maka Wahabbilah Anwar. Jika Syiah, maka Syiahlah Anwar. Jika Buddha, maka mesra Buddhalah Anwar. Lakonan ini akan diteruskan sehingga semua kumpulan mempercayainya, menyanjungnya dan menobatkannya sebagai pemimpin dan penyelamat mereka.
Apabila ketaksuban mula menguasai penduduk di sana, Anwar akan secara perlahan-lahan memasukkan jarum liberalnya. Dan perlahan-lahan juga, Anwar akan membentuk satu kumpulan liberal di celah-celah kumpulan Islam di Thailand. Dengan dana yang berterusan dari barat, kumpulan ini akan menyebarkan fahaman liberal di samping melemahkan lagi umat Islam di Selatan Thailand melalui perpecahan. Malah wang yang dilaburkan di koperasi di sana juga kemungkinan besar merupakan dana yang disediakan oleh sahabat neo-connya di barat.
Cukuplah Anwar merosakkan Malaysia, jangan benarkan beliau merosakkan saudara seagama kita yang telah sedia menderita di Selatan Thailand. Kerosakan sesebuah negara, mampu merebak kepada jiran-jirannya. Dan inilah yang barat inginkan.
Justeru, demi Islam dan persaudaraan, umat Islam di Thailand wajar diberi amaran segera mengenai bahaya kunjungan Anwar ke sana. Mereka perlu tahu bahawa bahaya yang dibawa Anwar adalah lebih berat dari letupan bom dan tembakan yang mereka terpaksa lalui setiap hari. Ini kerana Anwar membawa agenda musuh Islam melalui pemikiran dan emosi dan ia akan berakar umbi dan merebak sehingga akhirnya umat Islam akan memusnahkan sesama sendiri dan diri sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.