Rabu, 4 Julai 2012

Umno pilihan orang muda, Pembangkang pilihan ayam pencen

Puak-puak pembangkang kini begitu yakin bahawa 3 juta pengundi baru akan memihak kepada mereka. Dalam Pas dan Pkr rasanya ia tidak akan berlaku. Ini kerana anak-anak muda lebih menyokong BN lebih-lebih lagi Umno.

Dap mungkin mereka dapat 100 peratus untuk pemuda pemudi Cina, alasannya ialah kerana semangat kecinaan dan semangat kebencian yang ditanam oleh pemimpin mereka untuk memerintah negara. Dari dahulu lagi kita pernah didendangkan bahawa gerakan cina pro komunis ini ingin membentuk rangkaian 3S   yang dikuasai oleh mereka. 3 S ialah Sabah, Sarawak dan Singapore. Tiba-tiba yang tumbang ialah Pulau Pinang.

Usaha untuk merampas Pulau Pinang bukan lah satu  perkara yang susah pun. Hari ini pun dah dapat jawapan kenapa BN kalah di sana. Ia berpunca daripada jumlah pengundi import cina melebihi jumlah penduduk cina di negeri tersebut.

Tak pa lah, nak buat macam mana sudah terlepas pandang. Cuma nya sedih apabila Koh Tsu Koon menyerah kalah sebelum berperang dengan menyatakan sukar untuk BN mengambil balik negeri tersebut untuk beberapa tahun akan datang.

Nasib baik lah pengerusi BN sudah diganti dan harapan TM ialah orang Umno dan penyokong setia Umno dapat kembalikan negeri tersebut kepada BN. Begitu juga di Sabah dan Sarawak yang lebih kritikal jika dikuasai oleh Dap. Melayu dan bumiputera Kalimantan akan lebih tertindas jika BN tidak memerintah.

Berbalik kepada Umno pilihan orang muda , pembangkang pilihan ayam pencen, ianya ternyata benar kerana program-program yang dibuat orang Umno ternyata berjaya menarik anak-anak muda mengikuti atau bersama-sama menjayakan program tersebut.

Umno buat lah program apa pun , ribuan anak muda akan turut serta, begitu juga artis-artis yang muda remaja, semuanya menyokong Umno.

Adakah anak muda menyokong Pas , Pkr dan Dap? Jawapannya untuk Dap dah disentuh tadi, sekarang sebut tentang Pas pula. Pas jenis keturunan. kalau tok nenek mereka orang Pas, sampai anak cucu pun tetap sokong Pas. cuma ada segelintir yang ibu bapa Pas totok yang seorang dua anak akan menyokong Umno. Sebab apa depa sokong Umno? Sebab depa nampak sendiri kemunafikan Pas dan mereka mempunyai pemikiran yang tidak jumud.

Pkr? Parti ini sememangnya sudah mati pun, di Taiping Pkr sudah bungkus, kalau Anwar turun pun yang penuh ialah orang Pas.

Pas pula ialah pilihan orang tua atau ayam pencen, ramai bekas-bekas kaki tangan kerajaan yang kecewa dalam perkhidmatan akan masuk Pas. Tak payah bagi contoh lah , khalayak dah tahu pun.

Begitu juga artis-artis yang dah masuk kotak untuk dipencenkan ramai dan jadi ahli Pas. Nak sebut nama ? Tak payah lah, semua dah tahu.  Sedihnya Nik Aziz lah, terpaksa jadi tukang babtis untuk tebus dosa artis-artis.