Isnin, 9 Julai 2012

Imam Mahdi nak gulingkan kerajaan?

amukjpm3

Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya 'Imam Mahadi' manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak.

Beliau memberitahu kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan.

Oleh kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.

Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik petugas JPM.

Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.

Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai.

"Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha kanan.

Sebelum itu laman Facebook Polis Kuala Lumpur dalam posting awal mengenai kejadian itu berkata :

Suspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan. Suspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.

Bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.

Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai. Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.

Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan suspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh suspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

kedua-dua suspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala suspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.

Suspek lelaki telah meninggal di hospital. Siasatan awal dapati suspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala suspek perempuan masih menerima rawatan di hospital Putrajaya.-9/7/2012
Sumber Agenda Daily