King Cobra |
King apa? |
Ular yang satu lagi ini lagi bahawa walaupun lidahnya tak nampak cabangnya. Kita sedia maklum bahawa dia ni memang banyak cabang, ranting dan batang.
Ular ni memang bijak membelit, putar alam dan penipu. Zaman nak lawan Tun Ghaffar ular ini teruk kena kritik oleh Pas dan Dap. Hanya pengikut-pengikutnya yang sayang dengan dia, apa tidaknya, sesiapa yang sokongnya akan memperolehi upah yang cukup lumayan. Tak hairanlah ketika itu ketua-ketua bahagian boleh pakai kereta Mercedes 500. BMW 750 , Daimler dan sebagainya. Sebut saja berapa mau, duit akan sampai, janji cita-cita beliau untuk menjadi orang nombor 1 tercapai.
1993 merupakan tahun pemilihan Umno paling meriah dalam sejarah Umno. Semua perwakilan atau agent-agent calon semua kenyang macam ular sawa.
Untuk menang mudah semua agensi kerajaan perlu berada di bawah telunjuk beliau, RTM, TV3, Telekom, MAS, CEO akhbar semua mesti orang dia, baru kerja jadi mudah.
Orang Pas punya lah bengkak hati melihat dia mencanak naik ke puncak kemenangan. 1993 menjadi TPM dan target 1998 dia berjaya menjadi orang nombor 1 negara.
Kita merancang tetapi segala perangcangan kita ditentukan Allah. Akhirnya dia dipecat kerana salah guna kuasa dan salah laku seks.
1997 negara hampir digadaikan kepada IMF. mujurlah Tun Mahathir bijak dan menolak pinjaman IMF , jika tidak sampai ke hari ini kita hidup sudah, mungkin nilai wang kita 1USD bersamaan RM 10.
Dr Fadzli penalis wacana Umno Pas pada 24 Jun lepas dengan mudah menuduh Tun Mahathir bawa masuk Ku Li untuk membuang malaun ini.
Satu cerita dari apek cina yang tak faham makna liwat dan lewat, telah menuduh "Tun Mahathir manyak jahat punya olang sebab buang itu Anwar sebab lewat, gua punya pekerja pun gua tak buang kalau dia lewat datang kerja. "
So, antara ular tedung selar dan Anwar siapa yang lebih merbahaya?