Isnin, 2 Julai 2012

BB akan bertukar wajah so jangan memekak

BB Plaza cukup gah satu ketika dahulu iaitu apa akhir tahun 70an. Zaman tu hanya terdapat Komplek Pertama, Komplek Campbell, Ampang Park sahaja.  BB Plaza bergabung pintu dengan Sungei Wang Plaza, dah nak tahu lokasi kita di mana, sama ada Sg Wang atau BB hanyalah dengan melihat jubin lantai.
33 tahun usia BB plaza
Ketika itu Sg Wang Plaza ada gelangang ais, disitu lah tempat berhimpun anak-anak muda. BB Plaza punya menempatkan pejabat UDA. Siapa yang bekerja dengan UDA ketika itu cukup la glamour.  Petang-petang awek-awek cun UDA pergi main tennis di YMCA Jalan Davidson... hahah...la ni mungkin dah jadi nenek dah...Bangunan UDA dulu pernah lah TM naik jumpa orang nombor 1 dulu sebab dia orang kampung.

Tiket wayang masa tu tak sampai RM 2, bawah RM1 pun ada tapi kena duduk line depan sekali, bila balik tengok wayang mid nite, jalan kaki sebab nak save duit, kalau naik teksi kena 80 sen. double charge waktu malam, siang biasa lah 40 sen.  hahaha!. 

Depan BB ada tanah kosong masa tu.. boleh pekena nasi campur tak sampai RM 2. malam pekena capati dengan susu lembu di kedai mamak sebelah panggong Odeon baru 70 sen satu set. 

Nak buat seluar slack paling cun pergi lah kat Bak Tailor di lorong belakang TAR atau kat Kompek Pertama, kain England wool baru RM45 sepasang. 

Kasut bola Adidas La Plata tak sampai RM 50 memang cun bro sebab Khalid Ali abang kepada Zainal Abidin pun pakai kasut tu. 

Kasut Travolta pun murah, boleh tempah kat Jalan TAR RM 120 saja,, Nak beli baju made in London pergi lah ke Ampang Park. Nak hisap paip ALCO atau curut pergi kat kedai ala-ala London dekat Jalan Tun Perak. 

Teringin nak tengok jam dunhill boleh tengok kat Jalan TAR, boleh dikatakan apa saja semua ada kat Jalan TAR atau Batu Road. kalau  naik sebelah timur ia dikenali sebagai Chow Kit Road.

Nak tengok Menteri-Menteri Umno tunggu sahaja depan bangunan Umno lama dekat Jalan TAR, boleh tengok Tun Mahathir balik meeting naik RR warna hitam. Malam-malam nak tengok tv warna pergi mencangkong dekat stesen radio redifusion depan HKL

Nak tengok Sabah Filem dan Yusof Haslam berlakon atau nak lepak dengan pelakon-pelakon yang kini ramai dah arwah pergi sahaja kat Jalan Pahang Islamic City. Sekarang dah tersergam hospital tawakal di depannya.

Nak bersenam dengan Rabuan Pit, pergi lah kat taman tasek titiwangsa mesti jumpa punya. Hujung minggu kalau boring boleh naik bas Len pergi lepak kat Zoo Negara ( penghujung dunia tu, bas patah balik KL) atau naik Bas Ekpress Tuah pergi Melaka.


Waktu tu orang kaya KL pakai kereta Mercedes cabrio( Filem Hapuslah Air Matamu) , Lotus Espri, Citreon Pallas, BMW 2002 (AR Badul), Ford Cortina Gaban (Ahmad Nawab) Fiat 124 sport, Alfa GTV,  Yusof Haslam pakai Isuzu 4x4 paling murah masa tu. Masa tu Auto Show buat Changkat Pavillion. glamour habis bro.

Zaman dah berubah, BB Plaza perlu perubahan, jadi dengan merobohkannya dan diganti dengan yang baru siap dengan MRT KL Kajang dan Sg Buloh, sudah tentu BB Plaza akan muncul sebagai sebuah lagi destinasi yang mungkin lebih cangggih dari KL Central. Jika Pudu Raya dah naik taraf menjadi Pudu Central kita berharap BB pun begitu juga. So Pemuda Pas Wilayah Persekutuan jangan dok memekak. 60 peniaga yang dok protes jangan jadi bodoh, jangan jadi pecacai parti pembangkang.