Ahad, 12 Ogos 2012

Bapa Benggali mahu Pas kunci mulut

Krisis Hudud dan Negara Islam yang dicanangkan oleh Parti Ajaran Sesat (Pas) telah menyebabkan Bapa Benggali kembali naik angin, sehingga meminta bantuan Tun Salleh Abas bekas ketua hakim yang dipecat untuk mentarbiahkan mengapa hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

Untuk pengetahuan bapa benggali, Pas tidak akan berhenti dan berganjak daripada bercakap tentang hudud.

Hudud lah satu-satunya modal Pas untuk meraih sokongan orang Melayu atau Islam supaya terus mengundi Pas. Walhal Pas telah terang-terang tidak akan melaksanakannya.

Kalau Pas betul-betul nak laksanakan hudup, mereka dah lama laksanakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Percayalah wahai bapa benggali, Pas hanya beretorik sahaja, so tak payah lah risau dengan hudud Pas.

Hari ini tok-tok guru Pas diarahkan untuk fokus tentang hudud dalam tazkirah terawikh, tazkirah zohor, tazkirah Jumaat dan lain-lain ceramah. Boleh dikatakan setiap hari isu hudud menjadi agenda utama mereka.

Cuma yang melucukan ialah perangai tok-tok guru munafik Pas tidak menyebut pun hukum lain seperti Qisas dan Takzir dalam ceramah mereka. Yang dok pusing dan diulang-ulang ialah Hudud.

Kerajaan BN menolak hudud, menolak hudud bererti menolak hukum Allah, menolak hukum Allah tempatnya ialah neraka.

Pas langsung tak sebut bahawa Pas telah bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud seperti yang dipersetujui oleh Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Sepatutnya yang akan dihumbankan ke neraka jahanam bukanlah Umno tetapi Pas kerana mempermainkan hukum Allah di muka bumi, depan pengundi Melayu Islam mengaku nak buat hudud tetapi berdepan dengan kapir harbi Dap dan freemason Pkr lain pula cakap Pas.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.