Hanya MKN sahaja yang dapat mencari punca berlakunya kemalangan maut yang melibatkan eksekutif, profesional muda dan golongan produktif yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
Kebanyakan golongan muda ini menggunakan kereta atau motosikal yang mahal untuk bekerja atau bersantai hujung-hujung minggu.
Selain sikap pemanduan yang aggresif dan keras yang boleh menyebabkan kemalangan maut, kemalangan juga boleh dikaitkan kerja jahat bengkel-bengkel kereta. Mereka ini mengupah longkai-longkai untuk merancang kemalangan seperti menuang minyak diatas jalan terutama lebuhraya PLUS.
Dahulu kes seperti kejadian kereta terpusing dan terbabas sering berlaku di kawasan terowong Menora menghala ke Utara tetapi setelah pihak Plus memasang cctv tidak ada lagi kejadian kenderaan terbabas tanpa sebab.
Masa yang digemari oleh longkai untuk merancang kemalangan ialah sebelah malam dan waktu permulaan hujan, modal mereka hanyalah dengan menuangkan minyak di atas jalan dan mereka (longkai) akan menunggu ditempat-tempat strategik.
Apabila kereta mangsa mengena dan kereta terbabas, longkai akan menunggu siapa seterusnya yang akan melanggar kereta yang terbabas tadi. Ia akan membawa keuntungan berganda dan tauke mampu tersenyum lebar kerana banyak kenderaan akan dilupus kira atau dibaik pulih dengan kos yang tinggi.
BUTTERWORTH: Negara mengalami kerugian lebih RM10 bilion setiap tahun akibat 7,000 kematian dalam kemalangan di jalan raya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata ini kerana kebanyakan mereka yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian adalah dari golongan produktif iaitu yang berusia antara 15 hingga 30 tahun yang mana mereka ini mampu memberikan sumbangan kepada kerajaan.
"Purata kematian membabitkan satu kematian mengakibatkan kerugian RM1.43 juta iaitu jumlah yang terpaksa ditanggung kerajaan kerana kita membelanjakan wang yang banyak dari mula mereka lahir, pendidikan mereka dan kos rawatan di hospital.
"Jumlah ini untuk orang biasa tidak termasuk golongan profesional kerana kerajaan juga akan kehilangan tenaga pakar yang mampu bersama-sama menjana ekonomi negara," katanya di sini, hari ini. Beliau ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di Plaza Tol Sungai Dua. Turut hadir Pengarah JKJR Pulau Pinang, S Jegan. Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkata jika mereka tidak meninggal dunia, kerajaan boleh menggunakan wang itu untuk melaksanakan pembangunan dan kemudahan asas bagi keperluan rakyat. Sehubungan itu, katanya kemalangan boleh dielakkan jika rakyat mengambil pelbagai langkah termasuk mematuhi peraturan di jalan raya, memandu dengan berhemah dan bersabar ketika di jalan raya. "Selain kerugian banyak wang, kerajaan juga tidak mahu keluarga menanti kepulangan kita dengan kematian dan ada yang hilang tempat bergantung serta sumber pendapatan," katanya. Beliau berharap pengguna jalan raya berhati-hati apabila berada di jalan raya untuk pulang ke kampung dengan selamat semasa musim perayaan ini. - BERNAMA
Sekiranya MKN tidak bertindak, mereka akan meneruskan kerja-kerja terkutuk ini untuk tahun-tahun akan datang tanpa rasa bersalah.