Khamis, 16 Ogos 2012

Khalid Samad bercakap macam orang sasau


Khalid Samad bercakap ikut sedap mulut, dia lupa bahawa cakap dia mudah dipatahkan dan cakap Khalid Samad seperti meludah ke langit.

Begitu mudah beliau mencerca bekas Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasharudin mengejar pangkat dan jawatan.

Sudahlah golongan ulamak dalam Pas telah ditumbangkan oleh golongan pro syiah dan erdogan atau Anwarisnas. kini setelah kalah Nasharudin terus dihenyak dan dihina begitu mudah sekali.

Ia menjelaskan betapa dendamnya puak-puak erdogan yang menumbangkan golongan ulama. Betapa hina nya ulamak di mata erdogan. Tidak hairanlah Pas hari ini mengangkat golongan artis yang tak tahu apa-apa dalam politik dan agama menjadi saf depan dalam kempen politik Pas hari ini.

Kalau tak suka dengan Nasharudin pun , jangan lah hina beliau begitu rupa, tak baik buat musuh sesama Islam, tambahan pula sama parti. Nampaknya kumpulan erdogan mahukan Nasha keluar Pas dan masuk Umno.

Kononnya Nasha mengejar pangkat dan jawatan. Hari ini juga Nasha telah menjelaskan bahawa tidak ada niat beliau untuk menyertai Umno. Ini lah yang menggerunkan kumpulan erdogan dalam Pas. Mereka takut Nasha kembali bertanding dan menang dalam pemilihan pucuk pimpinan Pas pada pemilihan akan datang.

Ramai orang Pas kecewa dengan kemenangan Kumpulan Anwarisnas dalam pemilihan Pas yang lalu. Ada perwakilan yang mendedahkan bahawa Mat Sabu menang besar kerana bantuan kewangan daripada sekutunya.

Ia memang benar, Pas hari ini bukan Pas 60 tahun dahulu, Pas hari ini ditaja oleh sekutunya senang. Itulah sebabnya Pas sanggup melupakan penubuhan negara islam dan menolak hudud kerana mereka tunduk kepada dua lagi rakan sekutu mereka.

Khalid yang enak menghentam Nasha lupa bahawa akhir-akhir ini ramai orang BN yang sudah tidak mendapat sokongan akar umbi menyertai pembangkang juga kerana mengejar jawatan dan pangkat, contoh terkini yang menyertai pembangkang ialah Tambrin Tun Ghafar, beliau masuk Pas untuk apa? Sudah tentu kerana jawatan. Lajim Okin keluar parti dan menjadi pembangkang kerana ingin menjadi Ketua Menteri Sabah.

Jui Ming kalah bertanding dalam Mca pun menyertai Pkr kerana mengejar jawatan. yang ini Khalid Samad tak nampak ka?
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa faktor jawatan dan pangkat menjadi punca utama bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bertindak membelakangkan parti.Malah Khalid menyifatkan pendirian Nasharudin sejak kebelakangan ini yang dilihat bertentangan dengan dasar PAS turut didorong perasaan kecewa apabila gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan lalu.“Bagi saya, Nasharudin memang kecewa apabila PAS tidak mahu bersama dengan Umno dan seperti Hasan Ali (bekas Pesuruhjaya PAS Selangor), dia telah hilang peluang untuk memegang jawatan yang lagi besar kerana kalau PAS bersama dengan BN (Barisan Nasional) mungkin dapat jawatan diperingkat pusat.“Itulah (peluang dapat jawatan) yang dia lihat terlepas. Pada masa yang sama dia kecewa bila kalah dalam pemilihan timbalan presiden hingga menyebabkan dia tidak seperti dahulu,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam di sini, Khamis.Nasharudin baru-baru ini menggesa PAS menyatakan pendirian tegas berhubung penghinaan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hukum hudud yang akhirnya disambut dengan perasaan marah pemimpin parti itu.Berikutan itu Nasharudin juga menggesa PAS keluar daripada pakatan pembangkang ekoran pendirian DAP dalam isu hudud.Lebih mencetuskan kontroversi ialah apabila media massa menyiarkan gambar Nasharuddin sedang duduk bersebelahan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi baru-baru ini.Dalam pada itu Khalid menegaskan pendirian PAS berhubung isu hudud tidak pernah berubah walaupun menyedari sekutu mereka dalam pembangkang iaitu DAP menolak perlaksanaannya.“Benda yang kita lakukan dulu dia pun setuju, bukan benda baru…yang berubah hanya jawatan dia, yang lain tetap sama,” katanya.Mengulas lanjut Khalid berkata, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok sengaja mencetuskan kontroversi demi mengejar populariti politik menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.“Sekarang (Nasharudin) nampak semakin rapat dengan pimpinan Umno malah di Parlimen pun. Ia merupakan kenyataan yang diduga dan mungkin menunggu masa untuk memaksimumkan impak terhadap PAS dan Pakatan Rakyat agar dia lebih lantang dan ke depan dalam pilihan raya,” katanya.- mStar Online

Akhir kata, Khalid Samad perlulah menyiapkan diri kerana kerusi kamu di Shah Alam akan diterbalikan.  Sedia lah untuk buka kedai jual kitab-kitab, perbanyakkan kitab-kitab syiah kerana semakin ramai orang Pas kini bermazhab syiah.