Khamis, 16 Ogos 2012

Penyampaian bantuan raya oleh YBU Perak

Pagi tadi bertempat di pusat khidmat dun Kamunting, YB Dato Muhammad Zahir Abdul Khalid telah menyampaikan bantuan hari raya kepada 80 orang penerima bantuan dari Yayasan Bina Upaya dan 50 yang lain adalah penerima bantuan bulanan dari YBU menjadikan jumlahnya 130 orang.

Wanita Umno Bahagian Taiping turut menyampaikan bantuan kepada 50 orang warga miskin yang lain untuk memeriahkan sambutan hari raya tahun ini.

Turut berbuat demikian ialah Jabatan Hal Ehwal Khas telah memilih 10 warga miskin untuk diberi bantuan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.