Sabtu, 25 Ogos 2012

Nissan Fuga / Infiniti jadi Proton Perdana

Setelah menyepi dari pasaran tempatan, kini Proton Perdana kembali dengan wajah baru, jika dahulu berkulitkan Mitshubishi Galant Eterna, kini disaluti kulit baru oleh Nissan Jepun.

Harap-harap jangan lah dari model yang telah dihentikan pengeluarannya seperti Nissan Teana. Di Malaysia Teana masih dijual kerana ia merupakan CKD dan model Teana telah dihentikan pengeluarannya di Jepun kerana tidak mendapat sambutan.

Fuga ialah nama yang digunakan di Jepun dan dikenali sebagai Infiniti bagi pasaran eksport. Kini di Malaysia ia akan dikenali sebagai Proton Perdana. Sudah tentulah model ini akan mendapat pengiktirafan oleh TUV German seperti Inspira dan Savy.

Pada mulanya ingatkan kereta ini adalah rekaan dan penghasilan teknologi dari negara China seperti beberapa model Proton sebelum ini, rupa-rupa datang dari negara matahari terbit. Tahniah kepada Proton.

Model mewah ini akan dipasang di kilang Proton di Tanjung Malim Perak dan tergolong dalam kumpulan kereta besar iaitu 2.5 liter V6.

Tan Chong Malaysia juga akan meneruskan pemasangan model Teana, Sylphy dan Livina di kilang nya di Serendah.


JV Proton dan Nissan