Sabtu, 25 Ogos 2012

Perang sesama sendiri dalam DAP


Dap cipta rekod pecat ahli yang sudahpun keluar parti

Gelombang penolakan ahli terhadap DAP semakin ketara apabila bekas-bekas pemimpin akar umbi yang dipecat hanya kerana bersuara menentang penyelewengan tampil mengecam corak kepimpinan parti tersebut.

Rata-rata pemimpin akar umbi menyifatkan DAP kini diterajui golongan yang sombong setelah diberi kuasa untuk memerintah beberapa negeri apabila sanggup bertindak ala kuku besi ke atas ahli yang mendedahkan penyelewengan dalam parti.

Terbaru bekas Ketua Audit DAP Cawangan Kampung Aman, Seri Kembangan, Yap Kon Min mendedahkan bagaimana beliau dipecat hanya kerana mempersoal bagaimana ahli yang didapati muflis boleh dibenarkan mengundi pada konvensyen tahunan parti.

Di Perak juga penentangan ahli-ahli terhadap Ngeh dan Nga semakin menjadi-jadi , ia berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap proses pengumpulan dana majlis makan malam yang tidak telus. Ramai pemimpin-pemimpin peringkat cabang, ranting dan dahan akan keluar parti.