Sabtu, 25 Ogos 2012

Orang PAS patut hantuk kepala kat Jalan bila Anwar dapat bas 2 tingkat

Apa macam media PAS, seronok?

Minggu ini orang Pas dan blogger-blogger Pas sebaik-baiknya hantuk kepala sampai pecah kat pokok kelapa atau kat jalan kerana MB Selangor bagi bas 2 tingkat kepada punaisihat ekonomi Selangor iaitu Anwar Ibrahim.

Tahun lepas apabila Dato Seri Najib turun ke Perak dalam merayakan hari ulang tahun Umno, Najib ada menaiki bas bersama dengan MB Perak YAB Dato Dr Zambry Abd Kadir, dan juga sewaktu Najib merasmikan bas khidmat bergerak kepunyaan Umno Bagan Datuk.

Pada ketika itu bukan main hebat Pas mengutuk Najib, Zambry dan Zahid Hamidi. PAS sanggup mencetak poster isu bas dan mengedarkan ke seluruh negara, markas dan masjid yang dikuasai oleh Pas.
Gambar dirakam di Masjid Kampung Expo Kamunting

Tohmahan dan penghinaan Pas terhadap pemimpin Umno kononnya membazirkan wang rakyat dan sebagainya. Hari ini Allah bayar cash kepada orang Pas.  Tak sampai setahun Pas mengutuk Najib, hari ini MB Selangor pula bagi bas kepada Anwar, bas bukan seperti yang dinaiki oleh Najib di Perak, tetapi bas Anwar ialah bas dua tingkat seperti bas yang pernah dimiliki oleh Abuyu Al-Arqam.

Haaaa! Tunggu apa lagi wahai cai-cai PAS? Bila nak tibai Anwar dan Khalid Ibrahim?