Khamis, 23 Ogos 2012

Pasport Antarabangsa naik dari RM 60 kepada RM 300 pun kerana Anwar

Dalam belanjawan 1996 atau 1997 Anwar telah menaikan bayaran passport antarabangsa dari RM 60 kepada RM 300 dan sah untuk tempoh 5 tahun.
Naik dari RM 60 kepada RM 300 kerana Anwar Ibrahim
Dalam kempen PRK Dun Changkat Jering 1997, Anwar memberi tahu bahawa beliau mempunyai alasan yang kuat kenapa bayaran tersebut dinaikkan.

Kata Anwar dalam ceramahnya. " Ada makcik marah kat saya , dia tanya pasal apa hang penaik harga pasport antara bangsa? 

Jawab Anwar kepada makcik ialah, " Berapa kali dalam setahun mak cik pergi melancong ke luar negara? Makcik kantoi sebab tak pernah pergi luar negara".

Kata Anwar lagi" Makcik jangan la dok loghat sangat, makcik buat pasport pun sekali seumur hidup,tu pun untuk pergi ke Mekah saja, biaq pi lah pasport naik RM 300 sebab yang dok pi makan angin tu semua orang kaya, kalau tiket kapal terbang, makan minum dan hotel habis berpuluh ribu sekali makan angin , apa salahnya kita kenakan depa RM300 untuk 5 tahun."

Itu lah modal air liur yang mematahkan hujah PAS yang menjadikan modal kempen mereka ketika itu. Pas tak ada isu nak bawa sebab pada ketika itu parti Semangat 46 baru sahaja dibubarkan dan Pas berseorangan dalam kempen PRK Changkat Jering tanpa bantuan DAP.

Kehadiran Anwar Ibrahim pada malam itu mendapat sambutan hangat dan belas ribu penyokong BN yang hadir untuk mendengar ceramah Anwar yang ulung-ulung kalinya turun ke Taiping. Bukan senang nak bawa turun Timbalan Perdana Menteri. 

Dalam PRK tersebut calon BN Dato Mat Isa berjaya mengalahkan calon Pas. Dato Mat Isa kekal menjadi Adun sehinggalah beliau dikalahkan oleh Kapten Bersara Othman Jailu yang mewakili PKR dalam PRU 2008. Othman menang kerana Anwar juga. Hebat sentuhan Anwar, tetapi sayang sebab hanya 11 bulan Othman Jailu pun keluar meninggal kan PKR dan menjadi ahli bebas.