Dalam usaha untuk memerangi gelaja pengambilan dadah dikalangan rakyat Malaysia, Kumpulan Felda Global mengambil satu langkah kehadapan dengan merangka Polisi Menghindari Dadah dan Aids.
Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad berkata tujuan polisi tersebut diwujudkan adalah untuk menjadi panduan serta peringatan kepada kakitangan agensi itu agar tidak terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah selain berkelakuan yang boleh menyebabkan kuman HIV dijangkiti.
Katanya,walaupun setakat ini kakitangan Felda secara keseluruhannya yang mengambil dadah ataupun dijangkiti virus Aids masih ditahap yang sangat rendah namun satu usaha pencegahan perlu dilaksanakan bagi mengelak jumlah tersebut terus meningkat.
"Sehingga hari ini jumlah kakitangan Felda yang menyalahgunakan dadah serta dijangkiti HIV memang ada tetapi terlalu sedikit iaitu kurang dari 1%... bagaimanapun kita tidak mahu jumlahnya terus meningkat di masa akan datang.
|