Isnin, 10 September 2012

Ini lah rupanya markas Pas Bagan Baru yang terbengkalai

Hanya tinggal bulan gerhana

Sarang ular dalam semak

Sebelah kiri ialah rumah home stay Paksu Mat

Bahagian belakang dibina di atas garisan sempadan lot Paksu Mat

Telaga ajaib

Binaan untuk 30 tahun

Terbengkalai.
Inilah rupanya Markas Pas Cawangan Bagan Baru Dun Kubu Gajah Selama. Markas ini dibina atas dasar dengki khianat, sakit hati, busuk hati Pas Bagan Baru kerana Paksu Mat Arop dan 700 orang lain telah menyertai Umno.

Pembinaan bangunan ini dibina secara tidak jujur, sepatutnya binaan tersebut mempunyai ruang 10 kaki dari sempadan tetapi Pas sengaja membina dinding bangunan betul-betul di atas batu sempadan yang bertujuan untuk menyakitkan hati Paksu Mat Arop.

Bangunan yang asal dalam perjanjian adalah kecil dan berdinding dawai sahaja tetapi apa yang dibina oleh Pas Bagan Baru adalah seperti di atas.

Kini tempoh sewaan atau pajakan hanyalah untuk setahun sahaja tetapi Pas mendakwa mereka memajak untuk tempoh 30 tahun. Akhirnya pertikaian berlaku dan kini Pas tiada lagi hak untuk meneruskan pembinaanya kerana dihalang oleh pemilik tanah yang sebenarnya. Pemilik juga merupakan seorang ahli Pas yang tidak fanatik seperti juak-juak Nazri Din.

Baca juga Arkib 1 dan Arkib 2