Sang Saka Malaya[ klik untuk blog asal]
Ciptaan AMK PKR |
Corak bendera ini sebetulnya telah saya gubah sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.
Singapura |
Indonesia |
Pada asasnya, corak ini diadaptasi dari corak bendera Sang Saka yang digunapakai oleh negara Indonesia dan Singapura. Ianya merupakan panji warisan kerajaan Nusantara.
Umno |
Jika diperhatikan, parti UMNO juga menggunakan corak Sang Saka sebagai bendera rasmi mereka, dan ditambah elemen keris hijau dalam bulatan kuning di tengahnya.
Mungkin menarik untuk direnungi betapa bendera Malaysia yang digunapakai pada hari ini langsung tidak menyerlahkan elemen nusantara yang diwarisi sejak sekian lama.
Amerika |
Bendera Malaysia yang digunakan pada hari ini jika diteliti sebenarnya diadaptasi dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Stars and Stripes, dan ianya dibezakan menerusi bulan sabit dan bintang bucu empat belas berwarna kuning.
Barangkali ini menjawab persoalan mengapa warga Malaysia semakin tidak ghairah mengibarkan bendera. Jiwa dan warisan silam negara ini jelas tidak terzahir menerusi panji yang bernama Jalur Gemilang!
Label: Patriotik
DICATAT OLEH NAJ
Amerika mungkin mengambil ilham dari bendera kerajaan Majapahit |
Ini bendera Malaysia yang diguna pakai sejak 1957, Ia nya tulen ciptaan anak tempatan dan tak serupa dengan mana-mana negara. justeru tak perlu susah-susah nak tukar dengan bendera lain. Walaupaun ada yang menyatakan ia seakan-akan bendera Amerika tetapi tidak sama dan tidak serupa. Mana ada bulan dan bintang 14 penjuru, amerika setakat 5 sahaja. |