Isnin, 3 September 2012

Fitnah terbaru Pas Perak terhadap Dr Zambry


Kerajaan Perak di bawah DS Dr Zambry dituduh membazirkan wang rakyat kerana membeli kereta baru dari jenis Teana , ada yang menyatakan Nisan Fuga.

Tuduhan Pas berbeza-beza, ada kata Fuga yang berharga RM 350 ribu sebuah dan ada yang kata Nissan Teana berharga RM170 ribu sebuah. [ yang mana satu nak pakai]

Bagaimana pun Pas melalui laman web Perakite telah mengedarkan risalah memburuk-burukkan Dr Zambry kerana membeli kereta baru.

Untuk maklumat Perakite, zaman Nizar menjadi MB dahulu, kereta Proton Perdana masih dalam pasaran, dan kini pengeluaran Perdana dihentikan sementera dan akan digantikan dengan kereta Nissan Fuga. Jadi kalau MB beli Nissan Fuga atau Teana ia akan menjadi mudah dalam penyelenggaraannya kerana ia akan sama dengan model Perdana.

Berbalik kepada kenapa dilelong 16 buah kenderaan yang dibeli oleh Nizar dahulu, ianya kerana sebelum 16 buah kereta dihantar balik kepada SUK, kesemua kenderaan tersebut telah dibuat sesuatu ke atasnya.

Oleh itu daripada menanggung biawak hidup lebih baik kereta itu dilelong, difahamkan pihak yang membeli kereta tersebut juga mengalami kerugian kerana orang ramai tidak sanggup membelinya kereta mereka tahu kenderaan tersebut telah di sabotaj dan di khianati oleh puak-puak munafik. Mereka hanya menunggu saat untuk bertepuk tangan sekiranya apa-apa berlaku kepada pengguna baru.

Nizar juga patut dipertikai kerana membeli 16 buah Camry baru sedangkan kereta lama semuanya masih baik lagi dan masih elok  dan pada 2008 Proton masih lagi mengeluarkan model Perdana Executive.

Nizar lah yang tidak patriotik kerana mengabaikan kereta tempatan dan membeli Toyota Camry CBU. [import]

Oleh itu jangan lah nampak salah orang sahaja dan salah sendiri cuba disorokkan.

Kerajaan Perak yang sebenarnya telah membeli 3 buah kereta Nissan Teana pemasangan tempatan (CKD) untuk kegunaan pegawai kerajaan bukannya untuk exco atau mana-mana ahli politik. Harus diingat Dr Zambry sejak menjadi menteri besar pada 2009 sehingga sekarang masih menggunakan kereta lama Proton Perdana sebagai kereta rasmi.

MB Kedah beli Merc S350 berharga RM 800 ribu tak membazir ker?
Nik Aziz pun sama pakai Mercedes S Class 350...tak nak komen ker?

Anwar belanja beribu sehari untuk bas mewah yang berharga RM 1.5 juta.
Ustaz Azhar Idrus tidak patriotik kerana membeli Ferrari F460 berharga RM 2 juta.