Ahad, 28 Oktober 2012

"Gegar Ipoh" Program Builds The Visit Perak 2012:- DS Zambry

Published on Oct 20, 2012 by PERAKBN
20/10/2012 -- Program Gegar Ipoh jayakan Tahun Melawat Perak 2012 -- DS Dr. Zambry


Program Gegar Ipoh 2012 diharap mampu menarik lebih ramai lagi pelancong datang ke Ipoh khasnya dan Perak amnya yang terkenal dengan pelbagai tempat menarik termasuk peninggalan sejarah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, program yang diadakan itu amat menarik sekali selepas berjaya menarik penyertaan seramai 340 penunggang skuter jenama SYM.

"Difahamkan ini merupakan program konvoi skuter jenama SYM terbesar pernah diadakan di Malaysia.

"Bersempena dengan program tersebut, peserta yang sebahagian besar nya iaitu 90 peratus mereka adalah dari luar Perak akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di Ipoh dan seluruh di Perak.

"Program ini juga secara tidak langsung berjaya membawa ramai penunggang dari luar negeri Perak berkunjung ke negeri ini, sekaligus menjayakan Tahun Melawat Perak 2012," katanya kepada pemberita sebelum majlis pelepasan konvoi di Kediaman Menteri Besar di Ipoh, hari ini.

Peserta konvoi akan dibawa mengelilingi Bandar Raya Ipoh sejauh kira-kira 40 kilometer, menerusi laluan Jalan Tambun ke Tanjung Rambutan, Jalan Jalan Chemor ke Chemor, Jalan Jelapang menuju ke Chepor, Jalan Lahat ke Little India dan Jalan Sultan Yussuf.

Pada program tersebut, Dr. Zambry Abd Kadir turut meluangkan masa dengan menyertai konvoi berkenaan bersama 17 kapten serta peserta dari negeri Perlis, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kelantan.