Rabu, 24 Oktober 2012

Malaysia negara sekular

Apa tujuan akhbar The Star menyiarkan kenyataan Tunku Abdul Rahman yang menyatakan Malaysia bukan negara Islam tetapi negara sekular, kenyataan Tunku tidak sepatutnya disiarkan oleh The Star.

The Star sengaja mencari isu dan memberi peluru kepada Dap untuk terus memainkan isu negara sekular.

Kenyataan itu dibuat pada 1 Mei 1958 dan ketika itu negara baru mencapai kemerdekaan, walaupun dalam perlembagaan persekutuan ada menyebut  ciri-ciri Malaysia sebagai negara Islam tetapi untuk menjadi sebuah negara Islam ketika itu masih kabur dan masih jauh ke hadapan.

Memang benar kata Tunku, ketika itu negara masih sekular dan tidak mudah untuk bertukar menjadi negara Islam dalam sekelip mata. ia memerlukan masa yang panjang dalam menggubal undang-undang. Negara mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

Oleh itu sebarang bentuk perubahan perlu diluluskan oleh dewan rakyat. hatta perlembagaan persekutuan pun boleh dipinda oleh dewan rakyat berdasarkan kehendak semasa.

Hari ini kita boleh berbangga dengan pencapaian negara hari ini, ambil contoh istiadat meletakkan kalungan bunga di tugu negara sudah tidak lagi diamalkan oleh pihak tentera.

Lagi contoh ialah dalam majlis makan malam rasmi oleh kerajaan, tidak ada lagi hidangan arak dan tiada lagi tos gelas wine seperti yang dilakukan dalam zaman penjajah.

Sistem perbankan konvensional juga sudah beralih kepada sistem perbankan syariah. Kalau nak dikira sudah terlalu banyak sistem Islam dilakukan di negara ini.

Oleh itu isu negara sekular yang cuba dimainkan oleh Dap tidak perlu dilayan atau diperdebatkan.

Menteri Besar Kelantan pun walaupun melabelkan Malaysia dan Umno sebagai sekular, beliau juga menyokong penubuhan Bank Islam yang  dibuat oleh Umno.

Kata Nik Aziz sejak dia menjadi Menteri Besar dia telah mengeluarkan habis duit yang ada dalam bank konvensional dan simpan dalam Bank Islam.

Umno tidak seperti Pas, Umno yang memerintah berusaha untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara Islam dan ia diakui oleh dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh.

Pas pula hanya sebuah tong kosong yang menjaja sebuah negara Islam jika diberi peluang memerintah. Allah maka kaya, 20 tahun Pas memerintah Kelantan apa agenda Islam yang dilaksanakan oleh Pas?

Allah tunjukkan kepada Pas supaya laksanakan undang-undang hudud tetapi Pas tidak berani melakukan. Pas mempermain akan hukum hudud terang-terang dan membohongi rakyat terutama rakyat Kelantan.

Jika betul-betul Pas memperjuangkan Islam kenapa  memutar belit akan penghakiman kes khalwat Mat Sabu dengan Normah?

Pas pernah menjaja kes salah laku seks Anwar Ibrahim pada tahun 1997 tetapi kini kenapa membela dan menyokong Anwar.

Pas juga melabelkan mangsa liwat Saiful sebagai manusia munafik kerana sanggup memfitnah Anwar.

sekian/....