Rabu, 24 Oktober 2012

MCA hina Pas bukan hina Islam!

"Chua Soi Lek dikatakan menyuntik sentimen kebencian dan menakutkan orang ramai"

"MCA biadab kerana penghinaan yang dilakukan ke atas Pas dan Nik Aziz"

"MCA menghina hudud dan Islam"

Ini lah ayat yang digunakan oleh Pas dalam isu MCA vs Pas. Pas mungkin baru tersedar bahawa baru kini Mca sudah berani bersuara dan menentang prinsip perjuangan Pas.

Memang pun sebelum ini Mca dan Mic tidak pernah menyentuh isu-isu dalam parti lain, Mca dilihat kerap mengkritik Dap sahaja.

Pas yang terasa panas cuba menyakat Umno supaya bertindak terhadap Mca dan Chua Soi Lek kononnya mereka menghina Islam. Pas juga telah mengutuk Umno kononnya tidak berani mengambil tindakan terhadap Mca.

Wahai pemimpin Pas! Chua Soi Lek sebenarnya mengkritik cara pelaksanaan hudud Pas bukannya Islam, kena faham lah bab tu.

Satu lagi, selama ini Pas dan Nik Aziz tu dok kritik , dok cela, dok hina pemimpin BN siang malam tu macam mana pulak?

Apakah ia menjadi kesalahan apabila ada pihak mengutuk Nik Aziz?

Hangpa kutuk orang, orang lain tak boleh kutuk hangpa ? Apa punya bingai kepala otak hangpa.

Sudah lah Pas. sedar lah diri sikit,

Siapa yang baca doa pecah perut terhadap Dato Seri Najib?

Siapa yang mengarahkan penerbangan ihsan membawa Nik Aziz naik kapal terbang tentera ke Kuala Lumpur untuk membolehkan Nik Aziz mendapat rawatan doktor di Institut Jantung Negara?

Tua kutuk tak tahu mengenang budi, itu lah Nik Aziz