Isnin, 19 November 2012

Agenda baru Pas Perak

Oleh: MSK

Kampung Simpang Pulai adalah kampung yang paling ulu dalam negeri Perak. terletak dalam daerah Hulu Perak, dalam DUN Pengkalan Hulu. Semuanya ulu.

Tapi aku salut kat pemuda PAS kg. Simpang Pulai, Pengkalan Hulu sebab berani menjemput Team Mediaperak untuk membuat program disana. Ketika kepimpinan PAS Perak mengambil sikap berkonfrontasi dengan Mediaperak, Pemuda PAS cawangan dengan beberapa orang aktivis masyarakat Pengkalan Hulu berani menjemput Team Mediaperak untuk berdepan.

Aku juga salut kepada pemilik Rumah Anak Yatim Abu Nur yang sedia menjadi hos program tersebut. Malah aku salut kepada Tuan Ahmad Sasi yang bersikap gentleman mengkritik blogger-blogger dari Mediaperak khususnya. Macam tu baru seronok sebab berani cakap berdepan…bukan cakap dibelakang. Malah..apabila penonton tidak berganjak sehingga jam 2.00 pagi..bagiaku  itu satu kejayaan. Apatahlagi program tersebut bukan program ceramah, sebaliknya satu program yang belum pernah dibuat sebelum ini.

Ramai yang mintak slide yang aku tunjukkan pada malam tersebut tapi pasal aku balik awal..pukul 1.45 pagi..aku tak sempat bagi kat sapa-sapa. Dan bagi mereka yang tak sempat untuk hadir pada malam tersebut…aku share kat sini.

Program malam Minggu lalu diadakan dalam suasana santai. Pada mulanya, hanya kira-kira 50 orang saja dijangkakan akan hadir..tapi  tak sangka boleh lebih dari 100 yang hadir.

Program dimulakan macam biasa. Ucapan Ketua Pemuda, ucapan Ketua Muslimat, wakil Pas..wakil PR..bala..bla…bla. Lepas tu tayangan filem. Filem adalah dari KOMAS yang bertajuk "The Silent Riot" ..iaitu sebuah filem yang mengisahkan tentang rusuhan Kota Kinabalu 1986. Filem ini memang menarik kerana tak rami orang bercakap tentang perisitiwa ini.

Ia menarik kerana aku merasakan  apa yang berlaku di Sabah tahun 1986 dulu kemungkinan besarnya akan berlaku lagi dalam PRU akan datang ini. Tapi yang ni kita sembang kemudian. Dalam posting ini aku nak kongsi tentang apa yang aku fikirkan dan apa yang aku  persembahkan malam tu.

 

×
 

Sejak tahun 1999, aku mula minat dengan politik. Sejak itu juga..aku selalu berfikir macam mana nak jatuhkan Umno dan Barisan Nasional. Dan jalan yang aku pilih ialah melalui peti undi…sebab itu cara yang paling demokratik.

Tapi…selepas tiga kali pilihanraya, kita masih gagal. Seperti kata Einstein.."doing the same thing over and over again, and expecting different results, is total madness." Aku rasa aku akan terus bodoh kalau memikirkan Umno dan Barisan Nasional boleh ditumbangkan dengan cara peti undi. Bila dah menang macam di Perak pun masih boleh ditumbangkan dengan cara penipuan dan kekerasan…apa yang aku nak harapkan dari demokrasi Malaysia?

Lepas tu aku mula tertarik dengan revolusi. Tapi bila sebut revolusi…semua orang takut. Ada yang takut huru hara, ada yang takut hilang kerja..ada yang takut anak bini tak makan.

Sebabnya…revolusi selalu dikaitkan dengan keganasan, huru hara..pembunuhan dan kacau bilau. Tak ada ka revolusi secara aman..tanpa pembunuhan dan kacau bilau? Mengapa bila bercakap tentang revolusi teknologi…semua orang menganggap positif. Bila ada pemimpin yang bercakap tentang revolusi pertanian, ianya jugak positif..tapi bila bercakap tentang revolusi politik…semuanya negatif? Toksah kata pemerintah…malah pemimpin pembangkang juga akan bersikap negatif bila bercakap tentang revolusi.

Selepas hampir dua tahun aku mencuba untuk menyemarakkan api revolusi, ianya masih gagal. Kalau aku cakap pasai revolusi, dah gerenti kena kutuk kiri kanan.

Dalam masa yang sama, aku tak pernah berfikir tentang peranan evolusi dalam menjana perubahan. Sehinggalah bila member-member dari Pengkalan Hulu yang meminta aku menyampaikan sesuatu yang lain dari yang lain. Depa tak mau dengar ceramah kutuk Umno lagi dah…dah cemuih. Nak dengar nama Umno tu pun dah meluat.

Ramalan dan jangkaan yang semuanya silap.

Sekarang ini, dah macam-macam ramalan yang dibuat mengenai apa yang akan berlaku dalam PRU ke13 nanti. Setiausaha Agung Umno, Adnan Mansor meramalkan BN akan mendapat 140 kerusi kalau PRU diadakan. Yahya Lampung yang baru keluar BN pula meramalkan Pakatan akan menang 118 kerusi kalau PRU diadakan. Pemimpin Pakatan Rakyat yang lain pula sudah begitu yakin akan ke Putrajaya sehinggakan ada yang tak minat dengan berapa kerusi yang akan dimenangi…sebaliknya sudah memikirkan sapa yang akan jadi Perdana Menteri.

Jom kita tengok sejarah PRU sejak 1999.

PRU ke 10 tahun 1999 diadakan ketika semangat reformasi sedang memuncak. Ratusan ribu turun kejalan raya membantah penyingkiran Anwar dari Umno. Parti Keadilan Nasional ditubuhkan dan kemudiannya Barisan Alternatif ditubuhkan. Gabungan PAS, PKN dan DAP dianggap mampu meruntuhkan Barisan Nasional.

Bukan orang BA saja yang yakin Umno mampu ditumbangkan, malah orang Umno juga yakin mereka akan dikalahkan. Itu sebabnya mengapa begitu ramai pemimpin Umno yang membeli insurans BA. Ramai calon-calon Keadilan ditaja oleh pemimpin Umno. Duit masa tu cukup banyak sehinggakan puluhan ribu bertukar tangan kat tepi highway saja.

Persiapan untuk mengambil alih kerajaan juga dibuat. BA sudah menduga bahwa Umno tak akan menyerah dengan mudah. BA menjangkakan Umno akan mengepung Istana Negara untuk menggagalkan pemimpin BA dari mengangkat sumpah. Oleh itu, sebuah helikopter disediakan untuk membolehkan pemimpin BA masuk ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah.

Tapi…Umno lagi cerdik. Pada hari pengundian, Yang DiPertuan Agong dibawa "lari" ke Langkawi. Kalau BA menangpun, depa tak boleh nak angkat sumpah pada hari tersebut.

 

×
Tiba-tiba, bila keputusan diumumkan…BA hanya memperolehi 42 kerusi di Parlimen. BN masih mengekalkan majoriti 2/3 manakala BA hanya mengekalkan Kelantan dan memenangi Terengganu.

Sebelum pilihanraya, masing-masing menyangkan BA akan menang besar malah boleh mengambil alih kerajaan. Dalam masa yang sama, tak ada sapa yang meramalkan Pas boleh menang besar di Terengganu.

Semua orang silap dalam meramalkan apa yang akan berlaku dalam PRU ke 10….termasuklah pakar-pakar sains politik atau pengarah-pengarah strategi parti-parti politik.

PRU 11 (2004)

Dalam PRU ke 11, ramai yang meramalkan BN akan menang…tapi tak ramai yang menjangkakan BN akan mendapat undi tertinggi dalam sejarah PRU negara.

Dalam ceramah-ceramah, pemimpin PAS masih merasakan mereka akan menang besar kerana rakyat sudah "menerima perjuangan PAS". Masa tu Haji Hadi pun tak pedulikan PKR atau DAP kerana mungkin merasakan PAS boleh menang secara solo. Dengan penuh keyakinan, PAS mengemukan Dokumen Negara Islam sebagai manifesto pilihanraya.

Akhirnya semua lingkup. PAS Terengganu kembali kepada asal. Dari 27 kerusi Parlimen, PAS hanya tinggal 7 kerusi. PKR hanya menang 1 kerusi di Permatang Pauh manakala DAP yang dilabel oleh Haji Hadi sebagai dinosaur, kembali menambahkan kerusinya, walaupun sudah keluar dari BA.

×
PRU 12 (2008)

Tak ramai yang menyangka bahawa BA boleh menang di 5 buah negeri. Sebelum PRU, nak cari orang jadi calon pun cukup susah sebab ramai yang tak yakin BA boleh menang. Itu sebabnya, Anwar main cekup saja sapa yang nak jadi calon. Asal ada duit untuk bayar deposit pilihanraya…semuanya diterima.

Pemimpin-pemimpin BA pun ramai yang tersalah ramal. Ramai yang mencari tempat "selamat" untuk bertanding. Tup-tup…bila keputusan diumumkan, mereka yang bertanding di tempat "selamat" semua kalah…manakala calon-calaon tangkap muat yang bertanding di tempat "tak selamat" pula menang. Dalam masa yang sama, ramai yang garu kepala menyesal tak bertanding.

 

×
Sekarang ini, masing-masing sedang ghairah menunggu PRU 13. Calon-calon yang nak bertanding terlalu ramai sampai ada yang bergaduh. Masing-masing teringin nak jadi YB sebab merasakan PRU kali ini, Pakatan Rakyat akan menempah kejayaan ke Putrajaya.

Apakah asas-asas yang digunakan untuk membuat ramalan PRU? Mengapa ramalan-ramalan keputusan pilihanraya selalu meleset?

Aku tak ada jawapan yang tepat. Cuma bagi aku, ramai pemimpin politik membuat ramalan macam ramalan kaji cuaca…berdasarkan trend masa lalu.

Tak salah untuk mengambil kira trend masa lalu, tapi jangan sampai macam kaki nombor. Bila minggu ini dia miss satu nombor…minggu depan dia tambah lagi pertaruhan. Sebab dia merasakan "luck" sudah semakin hampir. "Kalau minggu ini miss satu nombor..mungkin minggu depan akan kena."

Aku cuba melihat dan meramalkan PRU akan datang ini dari sudut lain.

bersambung…..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan