Isnin, 19 November 2012

Dr Juanda jangan cepat merajuk lah

KANGAR - Mufti Perlis Dr Juanda Jaya belum menyatakan sebarang keputusan sama ada kekal sebagai Ahli Jawatankuasa Baitulmal Perlis atau tidak apabila hasratnya untuk berundur dari memegang jawatan itu ditolak kelmarin.

Katanya, sehingga kini beliau juga masih belum menerima apa-apa surat dan makluman secara rasmi berhubung keputusan berkenaan.

"Saya tidak boleh membuat sebarang keputusan lagi, selagi tidak dimaklumkan kena tunggu.

"Saya akan  teliti apa isi kandungan makluman rasmi berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan (menerima atau menolak). Tunggu dan lihat dulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Juanda meletakkan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Baitulmal 9 November lalu kerana didakwa tidak senang dengan pentadbiran agensi kutipan zakat Perlis.

Bagaimanapun kelmarin, Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad memberitahu peletakan jawatan Juanda ditolak selepas nasihat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

"Segalanya dalam keadaan baik dan Dr Juanda telah dimaklumkan mengenai perkara itu," katanya.

Juanda dilantik menduduki jawatankuasa itu secara automatik dan bertindak sebagai penasihat kepada Baitulmal Perlis.

Juanda adalah orang Melanau dari Kg Igan Bahagian Mukah merupakan penjawat awam yang menggantikan MAZA ( kini berjawatan professor di IPTA.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.