Ahad, 18 November 2012

Husam Musa : Pas wajib menang 60 kerusi Parlimen

Pas, yang mengadakan muktamar tahunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), perlu menang sekurang-kurangnya 60 kerusi Parlimen, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.

Sehubungan itu menurut beliau, kemenangan yang paling mustahak dalam menentukan hala tuju perjuangan parti berusia lebih enam dekad ini.

"Sehebat mana perjuangan kita dalam kerangka demokrasi, kemenangan yang paling mustahak.

"Berapa kerusi yang kita boleh menang? Paling tidak kita kena menang 60 kerusi dan sekarang kita fokus kerusi mana yang boleh menang," kata beliau ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-50 di Pengkalan Chepa.

Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, pada PRU12 empat tahun lalu, Pas memberi fokus ke atas 40 kerusi, tetapi ketika itu 10 kerusi tersasar daripada mencapai sasar kerana faktor undi pos.

Menurut Husam, terdapat 11 kawasan Parlimen yang majoriti undi membabitkan tentera.

Husam yang juga Pengerusi Bersama Manifesto Pakatan Rakyat melontarkan pesanan supaya jangan terlalu ghairah ketika melangkah untuk mencapai kemenangan.

PRU13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan.

Katanya, setiap ahli parti perlu bertindak bagi mengolah Pas untuk menang dan mudah diterima semua pihak.

Oleh itu kata beliau, kunci kepada kejayaan itu ialah merakyatkan perjuangan dengan bekalannya "Negara Berkebajikan."

"Jangan terlalu hendak menang tanpa menyemak kedudukan kita sebenarnya. Pengkritik telah mengkritik kononnya kita telah meninggalkan perundangan Islam sehingga diperkenalkan pula konsep Negara Berkebajikan.

"Jangan pula kita hilang rasa tawaduk kepada Al-Malik dan menerimalah apa yang ditentukan ALLAH," kata Husam.

Katanya: "Jangan dilihat kita terlalu gelojoh, jangan pula kita menunduk sehingga terhantuk. Kita hendak kaji apakah punca kita kalah sebelum ini dan bagaimana pula cara hendak menang."

"Selepas muktamar ini kita balik dan semak di kawasan masing-masing," kata Husam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 ulasan:

  1. PRU12, masa itu rakyat merajuk boikot BN, PAS hanya dapat tak 30 kerusi sahaja, PRU13 nanti ketika rakyat sudah selesa dengan PM Najib, PAS nak kerusi 60 ? ha ha kelakornye, bukan 60 yang dapat tapi 6 pun belum tentu lagi, tengok le.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamu ni ketinggalan zamanla

      Padam