Selasa, 20 November 2012

Langkah mayat aku dulu lah!!

Hasrat Pas mahukan Hadi Awang menjadi Perdana Menteri mendapat reaksi yang sinis dari pelbagai pihak dan pemerhati politik.

Memang Pas berada dalam tahap bingai . Ketika ini Pas merupakan parti yang tidak popular di Malaysia kecuali di Kelantan dan Kedah. Buktinya ialah keputusan pilihan raya 2004 dan 2008. Pas jauh ketinggalan di belakang Dap dan Pkr. Pas hanya gah di pentas ceramah sahaja.

Kemenangan Pas dalam beberapa pilihan raya umum dan pilihan raya kecil hanyalah kerana sokongan Dap kafir harbi laknatullah.

Kini dalam muktamar pas, rata-rata akar umbi mahukan Pas kembali ke landasan asal, berjuang untuk menubuhkan negara Islam dan bukan negara kebajikan.  Pas juga mahukan Harakah membuat laporan yang benar bukan cerita palsu dan fitnah seperti sekarang ini. Akar umbi juga mahukan Dato Tarmizi CEO Harakah meletakkan jawatan kerana menjadikan Harakah berita palsu dan fitnah dan yang paling janggal ialah apabila akar umbi mahukan  Hadi Awang diangkat sebagai Perdana Menteri.

Bila sebut Hadi Awang sebagai Perdana Menteri, ada dua orang akan melenting. Pertama Anwar Ibrahim dan kedua ialah Nik Aziz.

Apa pun Perak Today ada butirannya.

http://peraktoday.com/?p=96079