Published on Oct 30, 2012 by Gelombang Kick
1.) Tinjauan Team Kelate Cyber Warriors (KCW) pada Ogos lalu mendapati tidak ada tanda-tanda pokok itu disuntik atau sudah boleh disuntik memandangkan kesemua pokok tidak dijaga dengan sempurna dan berada dalam keadaan 'berit' ataupun sakit.
2.) Sejauhmana projek tersebut mampu menjana keuntungan dan memberi manfaat kepada rakyat ?
Status sebenar projek tersebut melalui penilaian yang dibuat oleh team kami ternyata jauh sekali berbeza dengan apa yang didakwa oleh Husam.
3.) Husam memaklumkan di sidang DUN pada tahun 2011 bahawa projek berkenaan berjalan lancar dan seterusnya menyatakan pada tahun 2012 pokok-pokok depu itu sudah boleh disuntik manakala ia boleh dituai pada tahun 2015 nanti.
4.) Hakikat sebenar pokok-pokok yang dikatakan sudah boleh disuntik itu ternyata sebaliknya apabila sewaktu lawatan kami di tapak projek, pokok-pokok berkenaan masih kecil atau tumbesarannya yang terbantut akibat tiada penjagaan rapi yang dibuat.
5.) Penjagaan yang bersikap acuh tidak acuh juga dikenalpasti sebagai punca utama kepada terbantutnya tumbesaran pokok-pokok depu berkenaan, aktiviti meracun juga tidak berskala dan tidak sekata dengan menunjukkan kesan tompokan tumbuhan mati yang diracun dibeberapa tempat didalam kawasan ladang terbabit.
6.) Kami juga turut dimaklumkan oleh penjaga ladang merangkap 'mandul' yang mahu dikenali sebagai Jumaat mengenai masalah kekurangan tenaga kerja, menurut Jumaat, hanya 18 orang pekerja sahaja yang ditugaskan untuk menjaga ladang yang berkeluasan sekitar 10,000 ekar termasuk ladang getah, keadaan ini memaksa mereka bekerja sebagaimana melepaskan batuk ditangga kerana tidak punyai kudrat untuk melakukan penugasannya dengan sempurna.
7.) Hasil dari itu pokok-pokok depu yang sepatutnya sudah boleh disuntik dan dituai sebagaimana kebiasaan tidak dapat dilakukan mengikut perancangan pada awalnya, mengambil contoh tanaman depu yang diusahakan oleh sebuah syarikat di Terengganu yang menjadikan Koridor Depu di Kelantan sebagai inspirasi memulakan bidang tanaman ini, ternyata mereka lebih kehadapan apabila kesemua tanaman depu yang diusahakan membuahkan hasil dan dapat disuntik pada tahun yang sedia terjangka itu. Perbezaan dan buktinya dapat disaksikan pada rakaman video dibawah.
8.) Selain itu turut menimbulkan persoalan pada kami mengenai projek ini adalah papan tanda ke ladang projek, jika melihat kepada gahnya papantanda kewujudan projek berkenaan disekitar bandar Kota Bharu, ternyata membuatkan ramai yang tidak percaya papantanda yang berada disimpang masuk ke lokasi projek ini hanyalah papan bercat warna hijau disamping batu yang dicat dengan warna merah tanpa sebarang tulisan yang boleh difahami oleh orang awam akan wujudnya ladang tersebut. Mungkinkah Projek mega yang bernilai jutaan ringgit hanya gah pada papantanda yang berada dibandar semata-mata.
9.) Jika perbandingan dibuat dari segi masa dan value projek. Projek tanaman depu atau disebut juga sebagai karas yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu pada tahun 2005 yaitu 3 tahun lebih lama dari koridor depu di Kelantan, dan penanaman hanya sebanyak 39500 pokok pun mempunyai papantanda yang jelas akan kewujudannya, mengapa tidak dengan projek yang lebih besar seperti Koridor depu itu tidak punyai papantanda yang sedemikian. Perlakuan yang tidak berterus terang dan cubaan menyorok ini sekaligus menjadi tanda tanya kepada kami dan seluruh rakyat di Negeri Kelantan Darul Naim.
10.) Kesimpulan dari apa yang kami saksikan dan juga rakamkan, projek ini sebenarnya mempunyai masalah yang cuba disorok dari pengetahuan rakyat, pengumumannya hanyalah untuk meraih publisiti politik dalam menyaingi apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi berhubung projek ECER, selepas rakyat tidak lagi fokus berkaitan projek itu, maka kerajaan PAS Kelantan menerusi kepala cipta projek yaitu Husam telah mengabaikan projek ini dan sedikit demi sedikit cuba melesapkan peringatan rakyat dengan koridor depu walaupun ianya telah menelan belanja jutaan ringgit.
11.) Kerana populariti politik, wang rakyat berjuta-juta sanggup dileburkan dan menanggung bebanan jutaan ringgit lagi untuk 'maintain'-kan satu projek retorik, sedangkan masih ramai lagi terdapat rakyat miskin yang memerlukan pembelaan dari kerajaan, atas kerja HARAM itu juga pasti akan mendapat pembalasan yang setimpalnya, hinanya seorang pemimpin yang berdondang Islam seandainya ketidaktelusan masih giat diamalkan didalam pentadbiran.