Ahad, 27 Januari 2013

Dap mahu jadikan Sarawak seperti Singapore PAP

Keluasan Sarawak ialah 124, 400 km2 dan Singapura hanya 710km2. Adalah satu perbandingan bodoh yang dibuat oleh pecacai-pecacai Dap.

Sememangnya Dap ingin menubuhkan negara 3S iaitu Sabah, Sarawak dan Singapore dibawah satu pentadbiran.

Hari ini sudah ada satu gerakan yang berusaha untuk membebaskan Sabah dan Sarawak atau keluar dari Malaysia, usaha ini dikesan telah berlaku sejak tahun 70an lagi selepas Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia dalam tahun 1963.

Kenapa Singapura terkeluar dari Malaysia?

Jawapannya ialah LKY mahu Tunku meletakkan jawatan dengan alasan jumlah orang Cina lebih ramai daripada orang Melayu.

Walaupun Singapura sudah berada dalam Malaysia tetapi LKY masih mengekalkan jawatan PM Singapura. Malaysia ketika itu sudah mempunyai dua PM satu di Singapura dan Satu di Malaysia.  Sabah dan Sarawak menggunakan nama Ketua Menteri yang sama taraf dengan Menteri Besar.

Oleh kerana kebiadaban LKY yang mahukan jawatan PM Malaysia, Tunku bertindak dengan mengeluarkan Singapura dari Malaysia.

Bermula dari sinilah LKY menangis tak berlagu kerana cita-citanya untuk menguasai Malaysia gagal dan 1966 mula lah usaha untuk menubuhkan parti Dap yang mengekalkan cita-cita LKY.