Rabu, 30 Januari 2013

Majlis Memperingati Mat Indera Hambar

YDP Pas menyorok kat belakang pasai apa?

Serabai sungguh Adam Adli


Malam tadi bertempat di pusat tarbiah Pas Kg Bukit Jana berlangsung majlis ceramah mengingati 60 tahun kematian Mat Indera yang mati digantung di Penjara Taiping.

Majlis yang hambar ini sepatutnya dibuat secara tertutup tetapi pihak Pas dan Kerabat masih degil dan buat di luar premis. Penganjur cuba menggunakan banyak pembesar suara tetapi PA Systems  kurang berkesan dan gagal berfungsi dengan baik.

Bawani listen listen listen yang dijangka memberi ucapan gagal hadir dan tinggalkan Adam Adli dalam keadaan serabai berucap sorang-sorang, nampak jelas Adam kekok dan tidak berapa garang semasa berucap kerana ini bukan bidang dia, beliau hanya bijak bercakap isu PTPTN dalam demo depan universiti sahaja. kehadirannya hanyalah untuk kumpul duit poket sahaja.  Baharom Shah Indera pun tak dapat hadir dan digantikan dengan orang lain saudara Mat Indera juga.

Penganjur utama iaitu Pas Taiping nampak gugup kerana majlis memperingati Mat Indera takut hilang sokongan ahli-ahli Pas telah berulang kali menyatakan bahawa penganjur utama program ini adalah KERABAT. Kasihan kerabat kerana nama mereka telah dipergunakan oleh Pas untuk kepentingan politik.

KERABAT sebenarnya adalah pertubuhan NGO bekas-bekas tentera Pro Pas yang ditubuhkan oleh Pas sendiri sama seperti GIM. GAMIS. IKRAM dan lain-lain. Tanpa Pas tiada lah KERABAT.

Keseluruhan majlis malam tadi GAGAL menarik crowd kerana tidak ada pak lawak seperti Mat Sabu dan lain-lain.