Penghulu Azam kaki tangan awam adalah pengurusi dan bekas pengerusi Jkkk Kg Expo Hj Zakaria juga turut terpilih sebagai AJK. Beberapa AJK lama kekal dan mereka adalah hard core PAS totok.
Sejak kena balun oleh taipingmali berikutan khatib mengubah teks khutbah mengikut cita rasa parti kini nampak sudah okay.
Setiap kali khutbah mereka membaca teks yang disedia, kalau mereka ubah sikit mungkin ada tetapi tidaklah seteruk dahulu.
Cuma pada kuliah subuh, magrib dan tazkirah sebelum khutbah Jumaat masih lagi bercirikan politik.
Hari ini giliran Ustaz Ridhwan dari Taiping hadir untuk memberi ceramah politik berkenaan penggunaan kalimah Allah dan lain-lain isu semasa dan bercirikan persepsi parti Pas.
Bayangkan ustaz Ridhwan terpaksa tinggalkan kairiahnya di Masjid Daerah Taiping semata-mata untuk bertazkirah di Kamunting.
Penghulu Azam selaku pengerusi hendaklah berusaha agar masjid ini tidak menjadi agenda politik mana-mana parti termasuk dari BN juga.
Isu AJK Masjid menuduh Umno curi lembu dan Pas balun dua ekor lembu Umno masih belum reda lagi. Jangan lah sampai ada report polis lagi berkenaan aktiviti kurang sihat ini.
Tak cukup dengan itu Pak Mat Kastam mengumumkan supaya jemaah menghulurkan derme fisabilillah dengan membentangkan sejadah di tengah-tengah masjid dan tabung kutipan masjid dihentikan hari ini, jika tidak kita akan diganggu dengan bunyi roda peti kutipan tabung masjid yang bergerak dari kiri ke kanan depan ke belakang.
Untuk maklumat khalayak, masjid ini telah dibina semasa Pak Lah menjadi PM dan ketika itu AJK Surau diri jumaat yang terdiri dari orang Pas telah buat solat hajat supaya kerajaan tidak membina masjid baru.
Ini kerana mereka takut jika masjid siap ia ditadbir oleh ajk baru yang tidak ada orang Pas seekor pun.
Akan tetapi dengan bantuan pejabat penghulu Taiping, pejabat agama kesemua Ajk masjid baru seolah-olah dirampas oleh Pas kembali.
Dan pada PRK Bukit Gantang, masjid ini menjadi markaz kepada jentera parti Pas yang datang dari jauh.
Khutbah hari ini, khatib menyeru agar muslimin dan muslimat mencintai masjid dan memenuhi masjid setiap waktu.
Hakikatnya AJK pernah menghalau jemaah yang tidak sebulu dengan mereka padahal individu itu adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembinaan awal surau.
Hari ini ramai anak kairiah berjemaah di masjid lain kerana meluat dengan sikap Pas. Mereka enggan beriman dengan imam-imam Pas yang fasik, lain buat,lain cakap.
Yang ramai memenuhi masjid ini ialah orang luar yang melintas beberapa masjid lain semata-mata untuk memeriahkan jenama Pas.
Sikap buruk Pas juga berlaku di sebuah masjid di Jalan Langgar Alor Star Kedah. Kalau ke Langgar masjid yang tersergam indah berada di sebelah kanan. Masjid ini dibina dan diwakafkan oleh seorang Guru Besar sekolah rendah. Apa yang terjadi ialah Pas Alor Star telah masuk daun dan mengambil alih masjid tersebut dan lebih buruk lagi mereka menuduh guru besar tersebut makan duit dan mereka mengharamkan guru tersebut memijakkan kaki ke masjid yang dibangunkan dengan titik peluh beliau.
Oleh itu apa nak dihairankan dengan isu kutipan derma Memali yang diselewengkan oleh pemimpin mereka sendiri. Nak tahu lebih lanjut isu songglap duit Memali bacalah buku Air Mata Memali tulisan Cikgu Non.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.