Kata Najib, pihak media juga perlu memainkan peranan untuk mengemukakan teguran dan kritikan yang diluahkan rakyat supaya kerajaan dapat melakukan penambahbaikan berdasarkan teguran dan aspirasi yang datang dari rakyat.
"Kita tidak menolak sebarang kritikan yang ditujukan kepada UMNO dan kerajaana asalkan kritikan dan teguran yang diberikan itu bertujuan untuk mencari kebaikan dan berdasarkan kepada fakta yang sebenarnya," katanya ketika berucap pada majlis Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini, Sabtu.
"Berita yang kita tidak mahu dan kita mesti tolak ialah berita-berita kepalsuan, fitnah, sengaja diadakan, terutama sekali menjurus kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat," katanya ketika berucap pada majlis Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini, malam ini.
Selain itu, beliau meminta agar pihak media peranan penting sebagai orang tengah dalam menyampaikan informasi kepada rakyat, hendaklah melaporkan berita yang tepat dan betul mengenai kerajaan.
"Saya selalu sebut bahawa tempoh bila dekat-dekat PRU-13 ini sebagai 'the silly season' yakni dalam musim ini, banyak cerita karut-marut yang sengaja dibangkitkan dengan tujuan untuk merosakkan imej dan pandangan rakyat terhadap kerajaan," katanya.
"Sebab itulah peranan media kepada UMNO adalah sesuatu yang kita sentiasa memberi perhatian yang berat kerana kalau kita tidak berkomunikasi dengan baik dan berkesan, maka apa saja yang kita lakukan meskipun baik, meskipun bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif yang murni, boleh ditafsirkan secara negatif atau pun kurang diterima secara positif oleh rakyat.
"Di sinilah letaknya peranan para media untuk melaporkan berita-berita mengenai UMNO, mengenai kerajaan, malah mengenai semua kejadian dalam negara kita secara tepat, betul dan untuk memberi penilaian yang objektif kepada perkara-perkara yang sudah dilakukan oleh parti-parti politik seperti UMNO," katanya.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin tertinggi UMNO serta kira-kira-kira 1,500 warga media. -MediaUMNO
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.