Ahad, 13 Januari 2013

Himpunan #KL112




Himpunan KL112 kelmarin tidak mencapai target seperti yang di war-warkan sebelum ini. Media pembangkang sendiri menyatakan angka kelmarin 80 ribu, jika benar 80 ribu sudah tentu akan jadi seperti BerShit 3.0 yang melibatkan keganasan sehingga ramai penjawat awam yang cedera dan kerosakan harta benda awam.

Tinjauan media yang berlegar sekitar ibu kota jelas menunjukkan jumlah kehadiran kali ini jauh lebih kecil berbanding himpunan terdahulu.

" Kalau tak datang hang bukan rakyat Malaysia" begitu slogan yang dimainkan oleh penganjur perhimpunan. Namun akar umbi sudah jemu untuk menjadi pecacai golongan kawarij.

Kelmarin jam 5pm ramai yang berhimpun untuk makan di RR Jejantas Sungai Buluh untuk balik ke destinasi masing-masing.

Nampak jelas budak-budak hingusan yang memakai baju T KL112 berkopiah Pas tetapi memakai jean lusuh yang menyapu lantai. Nampak sangat budak-budak tersebut main tangkap muat dan diberi upah. Tidak kelihatan ciri-ciri seorang mukmin pun pada ketrampilan mereka.

Rakyat Malaysia berjumlah 27 juta lebih dan keahlian parti pembangkang mungkin 1 juta tetapi yang hadir? Amat kecil jumlahnya, makna nya ramai lagi ahli Pas yang hilang kerakyatan secara automatik kerana tidak turut serta dalam #KL112.

Ada lagi satu ayat power yang digunakan oleh penganjur iaitu " anda buka orang kalau tak turun dalam #KL112" bermakna semalam ramai lah orang Pas yang tak hadir bolehlah dikategorikan sebagai binatang seperti beruk, kera, lutung dan lebih teruk kalau jadi babi hutan.

Satu media milik Pas dengan rasa kecewanya telah menulis tajuk artikalnya " 40 ribu ka, 80 riba ka, 1 juta ka, itu tidak penting, yang penting ialah Najib mesti dikuburkan". No komen bab ini, biarkan Allah buktikan bahawa rakyat Malaysia akan mengundi BN dalam PRU 13.

Pas sudah semakin jauh menyimpang dari dasar dan matlamat mereka dan kini dikuasai oleh kawarij dan Syiah. Pkr dengan hanya untuk mengangkat peliwat dan penyokong LGBT menjadi PM.

Dap lagi besar tujuannya iaitu melenyapkan kuasa Melayu dalam pentadbiran seperti di negara jiran.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.