Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Bumi semakin tua, pun begitu pakar astronomi meramalkan bumi akan hidup dalam keadaan selamat untuk sekurang-kurangnya 4 bilion tahun lagi.

Baru-baru ini ramai percaya akan ramalan kalendar Mayan bahawa bumi akan kiamat pada 21 Disember 2012 dan picu kiamat adalah lagu Gangnam Style, menurut ramalan jika penonton mencecah 1 bilion bumi akan musnah.

Begitulah fahaman karut mengenai kiamat, yang pelik ialah apabila The Star menemu bual orang Melayu  ramai yang memberi pandangan seolah-olah bersetuju bahawa kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.

Hari ini kita menyambut tahun baru 2013 tahun masihi selepas kelahiran Nabi Isa menurut kalendar roman.

Yang pasti ialah bumi telah menamatkan satu pusingan mengelilingi matahari dengan selamat. Jika dahulu ada yang menyatakan planet Nibiru akan melanggar bumi pada 2012 ternyata ramalan tersebut juga tidak benar. planet Nibiru yang dikatakan menghampiri bumi tak kelihatan dengan mata kasar.

Dalam al-Quran, tanda-tanda kiamat telah menjelaskan bahawa matahari akan terbit dari Barat dan terbenam di sebelah Timur.

Tanda-tanda ini pun telah ditunjukkan sedikit demi sedikit. Semua orang tahun paksi bumi telah senget dan membuatkan bumi  mendapat 4 musim. Pada pandangan TM apa yang akan berlaku ialah paksi akan terus senget dan menyebabkan hemisfera bumi akan terbalik. Kutub Utara akan menjadi Kutub Selatan dan dengan ini matahari akan naik dari sebelah Barat dan terbenam di sebelah Timur. Bila?

Kajian menunjukkan Prairie di benua Amerika dahulunya diliputi salji tetapi bertukar menjadi kawasan lapang tanpa salji selepas paksi bumi senget.

Apapun penduduk di hemisfera utara cukup gembira menyambut tahun baru kerana ia menandakan berakhirnya musim sejuk dan menanti ketibaan musim bunga dan musim panas.

Malaysia yang berada dihemispera utara juga mendapat kesan, tahun baru bermakna akan berakhir musim tengkujuh, berakhir hujan lebat dan laut tidak lagi bergelora.

Orang Melanau di Sarawak akan menyambutnya dengan perayaan pesta kaul. Orang Cina juga akan menyambut tahun barunya awal bulan Februari nanti.

Nampaknya tahun 2012 tidak berlaku tsunami atau ombak besar. 2004 tsunami yang melanda beberapa negara Asia telah pun merubah bentuk muka bumi dan paling ketara ialah garisan Khatulistiwa yang dahulunya berada di atas Tugu Khatuliswa Pontianak kini sudah berubah kurang 1 km di atas Sungai Kapuas. Dahulu setiap 21 Mac dan 23 Sep ( fenomena ekuinok) tidak akan ada bayang-bayang matahari di Tugu Tersebut.

Kedatangan 2013 amat besar maknanya kepada Malaysia. Tahun ini juga kita akan mengadakan PRU ke 13 dan ramai meramalkan ia akan diadakan pada 13. 3 . 2013. Sama-sama kita tunggu kedatangan nya.

SELAMAT TAHUN BARU.
TAHUN CEMERLANG BUAT BARISAN NASIONAL