Sabtu, 12 Januari 2013

Usaha memundurkan modal Insan negara

Universiti Kebangsaan Malaysia bertindak betul kerana melarang pelajarnya terlibat dengan himpunan hari ini.

Taipingmali melihat ini lagi satu usaha pihak luar yang secara halus untuk menggagalkan usaha murni kerajaan yang memerintah kerajaan berusaha keras untuk melahirkan cerdik pandai Melayu agar menjadi Global players dalam pelbagai bidang.

Mereka tahu bahawa hanya pelajar Melayu sahaja yang berminat untuk melibatkan diri dalam gerakan anti kerajaan.

Lihat juga time frame demo-demo yang akan melibatkan pelajar IPT semuanya dalam waktu-waktu genting iaitu musim peperiksaan.

Secara halus ia akan menjejaskan pencapaian mereka dalam menghadapi peperiksaan.

Cuma yang ghairah untuk berdemo ialah orang Melayu sahaja yang lain menumpukan kepada usaha untuk mendapat kelas pertama dan ingin menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa.

Ramai ahli-ahli politik Dap yang bergelar YB hari ini adalah mereka yang mendapat kelas pertama di IPT dan tidak pernah ambil tahu atau campur tangan dengan politik sewaktu bergelar pelajar.

Mari lihat laporan dari Malaysia insider yang mendedahkan betapa kecewanya persatuan mahasiswa kerana UKM melarang mereka hadir ke perhimpunan politik pembangkang hari ini.

Sedih bila baca dan mengenangkan perangai anak-anak kita yang bodoh bingai.

------------------------------------------------------

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) berasa kesal dengan tindakan yang diambil oleh pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui surat pekeliling yang dikeluarkan semalam (Pekeliling rujukan: UKM (S) 3.3.8/343/7 berkenaan larangan pelajar universiti menyertai perhimpunan.

Pekeliling ini disifatkan oleh pihak PMUKM sebagai keterlaluan di mana ia merujuk kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang dijadualkan berlangsung pada 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka.

Ironinya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengurusan Stadium Merdeka sudah memberi kebenaran dan mengesahkan himpunan ini adalah sah di sisi undang-undang, tetapi pihak pentadbiran Universiti dilihat sengaja menimbulkan kekeliruan di kalangan mahasiswa.

Maka PMUKM dalam kadar segera menyeru pihak pentadbiran UKM khususnya Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Ir Dr Othman A.Karim agar tidak berlaku "lebih sudu daripada kuah" dalam menafsirkan undang-undang, dan segera bertindak menarik balik pekeliling yang dikeluarkan tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.