Saya ada mendengar satu rakaman syarahan oleh ahli agama popular Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan rakyat tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi wang BR1M, sebaliknya hendaklah berterima kasih kpd Allah. Memang pada hakikatnya semua nya datang daripada Allah. Macam mana Allah memberi sesuatu kalau tidak melalui alat alat Nya..
Berterima kasih kepada alat alat Nya adalah satu akhlak yang baik disamping memahami bahawa Allah is the source and the cause for everything..Misalan nya, tidak kah kita perlu berterima kasih kpd kedua ibu bapa kita yang menjaga kita sungguh pun semua nya datang daripada Allah..Inilah tuntutan syariat. Kita mesti berada di syariat yang memahami hakikat...
Beliau seterusnya membuat sindiran bahawa kerajaan hanya berniat hendak memacing undi disebalik BR1M..Ini satu perkara yang semestinya tersirat dalam politik, kerana politik itu adalah, the art of acquiring power and the art of retaining power..
Apa yang kerajaan buat untuk kebaikan rakyat adalah satu tanggungjawab dan dalam sistem demokrasi menharap rakyat akan memilih mereka untuk retain the power. Pihak yang lain akan cuba dengan apa cara untuk acquire power.
Disinilah persoalan nya dalam politik...matlamat menghalalkan cara ( the means justify the end) inilah dipanggil real politik dalam ungkapan barat. Dalam banyak keadaan cara cara itu menyalahi etika termasuk perbohongan dan fitnah..Ini menyalahi hukum dan nilai Islam.
Orang macam Azhar Idrus jangan terperangkap dengan penyelewengan intelektual dalam usaha untuk mencapai apa yang tersirat..maaf ada juga terlintas dihati saya bahawa Azhar Idrus mempunyai bakat sebagai saorang pelawak dan entertainer...
Oleh : Dato Rabi Abu Samah (Ahli Majlis Tertinggi Perkasa Malaysia)