Ahad, 3 Februari 2013

022/02/13- Cikgu pro PAS kena tukar serta merta



Tidur Dalam Kereta

Seorang guru terpaksa bermalam dalam kereta akibat ditukarkan secara tergesa-gesa dari sebuah sekolah di Temerloh ke sini oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang yang didakwanya tidak berperikemanusiaan.

Azman Mohd Nazir, 40, berkata beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Felda Mayam dari Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Temerloh dan diminta mendaftar diri ke sekolah barunya pada 16 Januari tapi surat arahan dari JPN itu hanya dapat ke tangannya pada 18 Januari.

“Akibat pertukaran secara tergesa-gesa dan tidak berperikemanusiaan ini, saya terpaksa tidur dalam kereta kerana belum ada kediaman. Tak larat kalau nak berulang-alik dari rumah sejauh 140 kilometer sehari,” katanya ketika ditemui setelah menerima laporan orang ramai.

Katanya, beliau kesal arahan pertukaran dibuat dalam keadaan tergopoh-gapah sehingga guru di sekolah barunya yang sepatut digantikannya, belum berpindah lagi kerana belum mendapat surat tukar.

Tambahnya, sedangkan guru di sekolah lama tempat beliau mengajar masih belum diganti guru baru.

“Yang ruginya ialah murid-murid yang sepatutnya dapat pelajaran yang sempurna. Tetapi oleh kerana saya menjadi seperti kambing hitam, murid-murid pula terbabit sama menjadi mangsa,” katanya yang merupakan guru prasekolah.

Katanya, di sekolah Paya Pulai (sekolah lamanya) selama dua tahun, beliau telah menyiapkan banyak bahan bantu mengajar.

“Saya juga banyak peranan dan sumbangan sebagai guru aset sekolah, guru penyelaras kelas prasekolah, jurulatih catur, guru pembimbing pelatih praktikal, AJK projek perintis I-Think sekolah dan AJK PIBG,” ujarnya.

Ditanya sebab pertukaran, Azman beliau tidak menolak disebabkan faktor politik memandangkan beliau tidak mempunyai masalah moral tetapi mengakui aktif bersama program-program PAS.

Baginya, pertukaran secara tergesa-gesa itu satu penganiayaan dan salah guna kuasa kerana diarah berpindah secara tidak bertamadun.

“Saya masih pegang keratan akhbar kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran (Datuk Fuad Zarkashi) yang mengatakan pertukaran mengejut akan dikaji semula dan akan pastikan lebih jelas supaya prosedur difahami lebih jelas.

“Prosedur biasa pertukaran hanya dua kali setahun iaitu bulan Jun dan Disember,” katanya.

Beliau mengakui banyak kali ditukar sekolah sejak berkhidmat sebagai guru dipercayai atas sebab politik. Tetapi baginya, aktiviti politik dilakukannya di luar waktu bertugas dan beliau tahu sempadan antara tugas berkhidmat sebagai guru dan tugas sebagai ahli parti.

“Sekarang saya terpaksa tidur dalam kereta. Mujurlah PAS Cawangan Mayam bermurah hati mempelawa saya tidur di markas pada masa akan datang,” katanya.

Azman yang belum berumah tangga, berkata beliau menjaga ayahnya yang tinggal bersendirian di Taman Sri Semantan Temerloh. Apabila ditukarkan, jiwanya merasa sedikit tertekan.

7 ulasan:

  1. nasib kau kat pahang. masih dpt keje lagi walaupun tukar sekolah dlm negeri yg sama.
    kalau kat selangor bawah pakatan, dah lama tak boleh makan kalau kau UMNO dan mintak tender dgn kerajaan negeri.

    BalasPadam
  2. Kalau rasa kerja dgn kerajaan BN yg pas kata murtad dan kapir, berhentilah keja, cari keja yg tak melibatkan dgn kerajaan BN atau UMNO dan sebaiknya keja sendiri. Orang2 BN banyak lg yg menganggur yg tunggu nak ganti tempat engkau tu. Atau pergi keja tempat sekolah pondok yg pas jalankan, masa tu baru tahu langit tu tinggi ke rendah

    BalasPadam
  3. Betul laa kerja politik selepas waktu bertugas. Tapi waktu bertugas, tak mengajar. Tertidur lah, persiapan mengajar tak buat. Masuk kelas suruh pelajar buat kerja sendiri. Kalau betul-betul buat kerja, tentu gurubesar pertahankan pertukaran. Gaji bulanan sapu. Bonus sapu. Apa punya mangkok.

    BalasPadam
  4. kalu nak berpolitik berhenti jadi cikgu - sbb gaji guru bukan PAS yg bayar. sempadan tak sempadan sebagai pendidik dh tentu penampilan dan percakapan tu orang leh nampak. tak kira lah waktu sekolah atau lepas sekolah.

    tertekan atau tidak padan dengan dengan muka .tidur dalam jamban sekolah pun ok per..ada air pree.

    BalasPadam
  5. ORANG SURUH MENGAJAR DOK GILA BERPOLITIK......TAPI TAK APA....KAN HAJI HADI KATA.......CIKGU HANYA MENGAJAR A,B,C.....SAJA NAK BUAT ISU......TAK USAH BOHONG LA....TAK KAN PPD TU TAK ADA KEBAJIKAN LANGSUNG.....

    BalasPadam
  6. yang aku tau ramai guru2 penyokong pembangkang,sb itu bila guru2 minta cepat kerajaan bagi sbb jumlah mereka ramai.biasalah chegu munafik tu bila dah kena tak mengaku.orang berak tengah jalan mana nak mengaku.duitgaji makan lepas tu kutuk kerajaan.kutuk bangsa sendiri, kutuk ugama sendiri.melayu munafik tak payah tolong pun

    BalasPadam