Ahad, 3 Februari 2013

021/02/13- PEMBANGKANG CUBA MERAIH SOKONGAN WARGA PENDIDIK


Ahad 3 Februari 2013 dari jam 9.00 hingga 12.00 tengahari parti pembangkang sekali lagi mencabar Kementerian Pelajaran dengan mengajak guru untuk menghadiri majlis kebangkitan guru untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah melalui PRU 13.

Jika dilihat banner di atas ia melibatkan parti Pas sahaja dan tidak melibatkan Dap dan Pkr. Apakah agenda tersembunyi Pas,  apa Pas mahu mensabotaj Pkr dan Dap?

Kita tahu Hadi Awang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri dan dalam masa yang sama Anwar telah menguar-uarkan bahawa dia adalah Perdana Menteri ke 7. Lim Kit Siang juga ingin merealisasikan impian LKY 1965 untuk tujuan yang sama.

Sekarang musim kawan bunuh kawan ke tiga-tiga ekor manusia ini inginkan kuasa untuk merompak harta rakyat seperti mana yang berlaku di empat negeri pentadbiran mereka.

Perompak selalunya tidak mengaku mereka merompak sebaliknya menuding jari kepada orang lain, itu prinsip pembangkang yang mengambil meniru perangai pencuri.

Pencuri getah beku yang ditangkap polis tak akan mengaku dia mencuri walaupun belakang basikal penuh dengan getah beku, kena penampar Jepun pun dia tak akan mengaku.

Apa pun program ini betul-betul mencabar kementerian pelajaran. Cikgu-cikgu yang menyokong Pas akan berduyung-duyung menyerbu Dewan MBSA tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa takut untuk diambil tindakan.

Pada perhimpunan bersih 3.0 dan perhimpunan shamsidar pun ramai guru dari seluruh negara sanggup turun ke ibu kota, bagi mereka kehadiran mereka adalah jihad. Mereka sanggup menerima apa jua tindakan oleh jabatan.

Berbangga bersama pemimpin Pas

Topi merah bercermin mata adalah guru yang berani mencabar Fuad Zarkashi 
Setakat hari ini guru-guru yang menyertai demo pembangkang tidak seorang pun diambil tindakan kerana mereka bijak menyembunyi kan diri mereka. hanya guru-guru yang bodoh sahaja yang meletakkan gambar mereka dalam facebook seperti cikgu ini.

Sebelum Perhimpunan Shamsidar pada 12 Januari 2013 lalu, Timbalan Menteri Pelajar YB Dr Fuad telah memberi amaran agar warga pendidik tidak menyertai perhimpunan tersebut yang diadakan di Stadium Merdeka tetapi terdapat beberapa kerat yang berani mengingkari arahan tersebut.