Sabtu, 9 Februari 2013

084/02/13-Kedah sah milik BN



Belum pun Parlimen dibubarkan, Pas Kedah sudah angkat bendera putih mengaku kalah kepada BN dalam PRU 13 yang semakin hampir.

Ini berikutan satu petunjuk terbaru iaitu ramai orang kuat jentera pilihan raya Pas sudah pun berhijrah ke negeri-negeri lain seperti Perak.

Nizar Jamaluddin bekas 'menteri besar mahkamah' sanggup berbelanja besar untuk membiayai pakar-pakar strategik dari Kedah untuk merampas semula Perak daripada BN.

Pas sanggup melakukan apa sahaja asalkan menang, Pas akan sekali lagi menggunakan konsep politik menghalalkan cara atau budaya politik ala machiavelli.

Belum pun parlimen dan dun dibubarkan Pas sudah mula memfitnah, mengadu domba, mengaibkan pihak lawan dan menyerang peribadi tanpa had.

Taipingmali melihat jentera cyber Pas sudah memulakan sepak mula terlebih awal dalam usaha mereka menawan kerusi Dun Perak.

Pakar-pakar warfare Pas akan berusaha untuk memenangkan semua calon Pas dengan meletakkan sikap  prejudis terhadap pihak lawan

Apa pun Pas kali ini tidak akan membantu untuk memenangkan calon Pkr dan Dap. Bagi Pas isu survival parti mereka sendiri amatlah penting, ianya kerana persepsi masyarakat atau pengundi atas pagar terhadap parti itu amatlah rendah. Ia kerana banyak kesilapan yang dilakukan oleh Nizar Jamaluddin sewaktu menjadi menteri besar selama 11 bulan.

.

2 ulasan:

  1. baru bangun tidur ye

    BalasPadam
  2. nmpak sgt blogger TM dh xder modal dh....buat criter meng..bohong jer....hahahaha

    BalasPadam