Sabtu, 9 Februari 2013

085/02/13- Pas Mersing bagi limau 2 biji saja

CNY 2012
Pas Mersing nampaknya cukup berhati-hati pada perayaan tahun baru cina kali ini. Tak nampak lagi gambar mereka masuk ke market babi sehingga menyentuh daging tersebut , apa pun agak melucukan kerana Pas Mersing hanya menjadikan dua biji buah limau sebagai modal untuk meraih undi kaum cina. Yang utama ialah mempromosikan calon mereka dan menyebarkan risalah fitnah politik.

HAHAHAHA! DUA BIJI LIMAU JER?

HARI ini seharian dari pagi hingga petang, bersama YDP PAS Mersing dan sahabat2 menjayakan program mengedarkan limau dan kad ucapan selamat tahun baru cina kepada masyarakat cina di sekitar Endau, 

bermula kedai2 di pekan Endau, Taman2 sekitarnya dan Perkampungan Cina di Kampung Hubung. Kira2 lebih 500 kad Ucapan Selamat Tahun cina bersama 2 biji limau telah kami edaran. 

Alhamdulillah kehadiran kami mengunjungi rumah2 dan kedai2 mereka mendapat sambutan yang amat baik.
Esok saya akan bersama rakan PR Mersing, DAP & PKR akan mengedarkan limau dan kad ucapan Tahun baru cina di zon Mersing, bandar Mersing dan sekitar Parlimen Mersing, yang turut bersama menjayakannya Tn. Hj. Roslan Nikmat YDP PAS Mersing dan Tuan Hj Abd Rahman Yusof Penyelia Pusat Khidmat Rakyat DAP Dun Tenggaroh.