Sabtu, 9 Februari 2013

086/02/13- Bantuan RM 500 dan RM 100 hanya lekat celah gigi sahaja


Subky Latif, 21 Nov 2011

PERDANA Menteri Najib melalui bajetnya memberi RM500 kepada setiap keluarga miskin dan timbalannya, Muhyiddin Yassin pula memberi RM100 kepada setiap murid sekolah.

Tidak kira apakah ia pemberian bulanan atau tahunan, tetapi pemberian itu adalah bagi meringankan keperluan keluarga miskin dan persekolahan anak-anak kita.

Ada pun pemberian kepada murid-murid itu, bolehkah ia tidak berbangkit lagi lah anak tidak bersekolah kerana tidak ada perbelanjaan dan tidak ada lagi murid-murid ke sekolah tanpa duit poket untuk ke kantin semasa rehat.

Jika dikatakan untuk meringankan beban kehidupan, akan tepat sasaran itu kiranya ia pemberian bulanan, tetapi kalau untuk tahunan tidak ada apa yang dapat diringankan.

Sebagai pemberian tahunan, setiap murid dapat kurang dari 50 sen bagi setiap hari bersekolah. Bagi keluarga miskin pula dapatlah kira-kira RM 1.50 sen sehari.

Dibanding kan dengan kenaikan harga barang yang melambung beberapa kali setahun dan perbelanjaan hidup yang bertambah mahal, maka pemberian itu jadi makanan yang terselit di celah gigi saja.

Ada pun semua pemberian tetap baik untuk murid mahupun kepada keluarga miskin, tidaklah pernah dibuat selama ini.

Selama ini semasa negara kita belum membangun sehingga ke peringkat sedang membangun, keadaan kemiskinan adalah tinggi, tidak pernah kerajaan beri duit poket kepada murid sekolah dan orang-orang miskin secara terus.

Ada kerajaan menyediakan peruntukan melalui jabatan kebajikan untuk orang miskin tegar, ibu-ibu tunggal yang daif, terutama yang kurang upaya.

Ada berupa bantuan bulanan atau untuk beberapa bulan sekali. Semua pemberian itu adalah secara terpilih dan mereka yang meminta saja. Yang tidak minta dan tidak sanggup berulang ke pejabat kebajikan, nescaya tidak merasa apa-apalah.

Tetapi kerajaan Najib ini bermurah hati pula. Dia sedia beri kepada semua fakir miskin. Tidak secara pilihan lagi. Asal fakir dan miskin berhak dapat. Daftar sajalah kepada institusi tertentu.

Mungkin pemurah Najib itu didorong oleh sikap isterinya tidak lokek dan tidak sayang duit untuk berbelanja, maka antaranya dilimpahkan kepada fakir dam miskin yang memerlukan.

Tetapi yang sanggup diberi pada hari ini ialah kira-kira 50 sehari bagi hari bersekolah kepada setiap murid dan sekadar RM1.50 sehari bagi satu keluarga fakir. Itu yang terdaya kerajaan bagi.

Dulu kerajaan tidak rasa wajib memberi kepada setiap fakir. Tetapi untuk tahun 2012 ini kerajaan bersetuju memberinya sekali pun sekadar yang disebut tadi.

Bersyukur lah sekali pun tidak sebanyak mana. Dari tak ada langsung, baiklah ada sekali pun sekadar10 sen sehari.

Kerana apa kerajaan sanggup bagi RM500 kepada fakir dan RM100 kepada murid?

Mungkin kerana kerajaan sekarang terasa lebih senang sedikit dari masa-masa lalu. Dulu kerajaan tidak sanggup dan tidak dapat menimbangkannya, mungkin kerana tidak cukup duit.

Atau mungkin juga kerajaan di masa lalu mengira rakyat masih sanggup menampung keperluan mereka walau sefakir mana sekali pun. Ertinya rakyat masih boleh berikhtiar dan tidak pernah rasa terdesak untuk berjumpa along.

Tetapi dengan tahap negara hampir mencapai taraf negara maju, rakyat sudah tidak terdaya lagi hidup sekali pun terpaksa bergantung kepada subsidi yang mula dikurangkan dari semasa ke semasa.

Memang kenaikan harga barang yang tidak tertahan itu menyebabkan rakyat berada di atas paras kemiskinan menjadi orang miskin, orang miskin jadi miskin tegar. Kiranya di bawah miskin tegar itu ada pula fakir, maka inflasi dan stagflasi menjadinya fakir.

Selama ini ketika jauh dari tahap negara maju, kerajaan tidak memberi laut kepada yang memerlukan laut, tetapi memberi mereka pancing supaya tahu mencari lauk sendiri.

Tetapi bertambah menghampiri negara maju, kerajaan terpaksa beri pula RM100 setahun kepada setiap murid, dan RM500 pula kepada setiap si miskin. Ertinya kerajaan terpaksa beri lauk pula, tidak lagi memberi pancing.

Selepas 54 tahun merdeka kerajaan bukan saja tidak beri pancing kepada rakyat tetapi terpaksa mengadakan lauk. Adakah teruk sangat rakyat sekalian?

Ulasan TM,

Tahniah kepada Subky Latif kerana mengakui bahawa bantuan kerajaan RM500 kepada ketua keluarga dan RM 100 kepada setiap murid dapat meringankan beban penerima.

Ini sumbangan kerajaan kerana kerajaan mempunyai cukup wang dan rizab yang kukuh

Rizab antara bangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM428.6 bilion (bersamaan dengan USD140.2 bilion) pada 31 Januari 2013. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan ialah 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Apa pun desa kan Subky agar kerajaan memberi elaun bulanan amat lah melampau, kerana buat masa ini bantuan bulanan hanya diberikan kepada OKU sahaja. 

Jika orang yang sihat pun mendapat elaun RM 500 setiap bulan maka ramai orang Pas akan sila panggung di warung kopi tanpa perlu bekerja. Apa lagi jika mempunyai 10 anak dan menerima RM 1000 sebulan akan menjadikan jumlah elaun RM 1500 sebulan.

Untuk pembetulan kepada kenyataan Subky iaitu semua bantuan perlukan permohonan, ia salah dan sebenarnya bantuan awal persekolahan diberi kepada semua murid tanpa perlu mengisi borang dan sebagainya, hanya bantuan KWAPM sahaja ibu bapa yang terpilih dikehendaki mengisi borang maklumat ibubapa dan tanggungan.

BR1M terpaksa isi borang, jika tidak orang yang bergelar jutawan pun akan minta, Taipingmali pun nak merasa juga duit RM 500 tersebut. 

Kata Subky kerajaan memberi lauk dan bukan memberi batang kail. Ini juga satu kenyataan yang salah. Kerajaan sebenarnya banyak menyediakan kemudahan dan bantuan untuk rakyat tetapi malangnya Pas melarang pengikutnya membaca akhbar dan menonton televisyen. Oleh itu mereka tertinggal banyak maklumat mengenai bantuan yang disediakan oleh kerajaan. 

Ini lah malangnya orang Pas, mereka hanya nampak duit tunai sahaja yang lain tak ambil tahu.