Jumaat, 8 Mac 2013

APA AKAN JADI BILA PR AMBIL ALIH KERAJAAN MALAYSIA


Cuba anda semua bayangkan apa akan terjadi jika PR mengambil alih kerajaan malaysia..Agama rasmi kita akan di tukar kepada agama kristian dan agama islam akan dijadikan setaraf dengan agama-agama lain.Nama ALLAH juga boleh digunakan di gereja dan tokong.Tat kala itu,azan juga tidak akan kita dengari lagi di ruang-ruang udara.Anak-anak cucu cicit kita juga dibenarkan menukar agama pada umur 18 tahun.

Perdana menteri kita juga bukan lagi dari bangsa melayu.Bahasa ibunda kita akan ditukarkan kepada bahasa cina.Adakah anda juga mahu sistem diraja dan sultan dihapuskan?Dan pada itu,tiada lagi askar melayu,Lembaga Tabung Haji,Mara,Jabatan Penerangan,BTN dan Jasa.Bendera dan lagu Negaraku juga tidak akan dibenarkan di Malaysia jika PR mengambil alih kerajaan kita.

Fikir-fikirkan lah wahai generasi muda yang bijak pandai.Mana jalan dan hala tujuan kita pada masa akan datang.Adakah kita akan tetap menyokong PR yang hanya menaburkan janji-janji palsu pada masyarakat.Bangsa melayu akan tinggal sejarah jika kita tetap mamilih PR..FIKIR-FIKIRKAN LAH..